Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Pelakon veteran, Rozie Othman, 60, ada menasihatkan cucunya, Syasya, 22, yang juga anggota kumpulan Dolla supaya tidak tampil dengan pakaian terlalu seksi hingga jadi perhatian ramai dan sering dikecam netizen.

Rozie ketika ditemui berkata, sebagai nenek, dia sudah menjalankan tanggungjawab memberi nasihat, namun selebihnya terpulang kepada Syasya untuk menerimanya atau tidak.



“Mengenai pemakaian seksi Syasya itu saya tahu dan sudah cuba menasihatinya. Saya cakap pada dia (Syasya), seksi-seksi macam ni, nenek tak berkenan. Kurangkan, cuba ubahlah.

“Saya pun dulu pernah muda seperti dia, jadi fahamlah juga jiwa orang muda ini. Cuma, apa yang saya harap dia dapat terima nasihat diberikan itu.

“Saya doakan yang baik-baik untuk dia agar mendapat hidayah daripada Allah. Saya juga berharap dia akan terus berjaya di dalam karier seni diceburinya ini. Dia masih muda dan perjalanan juga jauh lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai kerjaya lakonannya ketika ini, Rozie berkata, dia kembali aktif berlakon semula sejak tahun lalu selepas berehat selama lima tahun akibat masalah kesihatan iaitu jangkitan kuman pada paru-paru.



“Alhamdulillah, sekarang tahap kesihatan saya semakin pulih, sihat dan sudah boleh aktif berlakon semula. Jadi, bagi produksi yang ingin memberi tawaran lakonan, saya alu-alukan.

“Tapi, saya harap tawaran bayaran juga berpatutan dan jangan bersikap diskriminasi kepada pelakon lama kerana kami komited dengan tanggungjawab pada watak digalas. Kami berlakon kerana minat dan ia sudah sebati dengan jiwa,” katanya.

Sebelum ini, Rozie muncul membintangi dengan beberapa drama terbaharunya di televisyen seperti Risik Pada Hati, Anak Beranak Abang Yie, Sut Putih dan Bara Cinta Ramadan.

Rozie yang mula aktif berlakon pada era 1980-an pernah membintangi filem Di Ambang Kasih arahan Allahyarham M Amin.



Antara drama lakonannya pula ialah Rumah Kedai, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, Astana Idaman, Abang Muda dan banyak lagi. HM

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker