Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis

Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis

PORT DICKSON: Tindakan biadap seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan enggan berganjak, walaupun diminta mengalihkan kenderaan yang menghalang kenderaan di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Springhill di sini petang semalam, ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.



Beliau berkata, susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

“Dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

“Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.



Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan viral video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam tular satu video kejadian sekitar jam 6.30 petang apabila seorang wanita yang bernama Tir Thira dalam media sosial Facebook.

“Wanita itu yang mahu keluar selepas membeli juadah berbuka puasa sudah, cuba menegur lelaki itu yang duduk dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang menghalang kenderaannya.

“Dengan penyebaran video itu, ia mendapat perhatian netizen dan masing-masing berasa marah dengan lelaki itu yang cuba bersikap biadap selain mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah,” katanya. BH



Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker