Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Datuk Seri Najib Razak boleh memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap hukuman penjara 12 tahun yang disabitkan terhadapnya ketika ini, walaupun masa sama berdepan tiga lagi pertuduhan dalam perbicaraan, kata pakar perlembagaan.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, berkata permohonan pengampunan terhadap sabitan itu dan prosiding perbicaraan yang sedang berlangsung membabitkan bidang kuasa yang berbeza.



Beliau juga menjelaskan, dalam melaksanakan kuasa pengampunannya, Seri Paduka tidak terikat dengan nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan, sebaliknya baginda bertindak mengikut budi bicara sendiri.

“Walaupun ada peruntukan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan, namun keputusan yang dibuat baginda adalah mutlak.

“Malah, keputusan Seri Paduka tidak boleh dicampuri mahkamah. Ada banyak kes sebelum ini, menunjukkan kuasa Raja sebagai prerogatif belas kasihan dan tidak boleh dicabar di mahkamah,” katanya kepada BH hari ini.

Shad Saleem memberi contoh, antara kes yang dimaksudkannya ialah kes Sim Kie Chon (1985) di mana Mahkamah Tinggi dalam keputusannya, menegaskan bahawa Lembaga Pengampunan hanyalah sebuah badan penasihat dan hanya memberi nasihat kepada Raja.



Katanya, undang-undang sama diletakkan dalam kes Juraimi Husin lawan Lembaga Pengampunan (2002), selain banyak mahkamah mengatakan bahawa kuasa pengampunan Seri Paduka tidak boleh disemak oleh mahkamah.

“Contoh kes lain termasuk Chow Thiam Guan lwn Supt Pudu Prisons [1983] 2 MLJ 116 FC; Sim Kie Chon lwn Penjara Supt Pudu [1985] 2 MLJ 386 SC; Karpal Singh lwn Sultan Selangor [1988] 1 MLJ 64; Juraimi Husin lwn Lembaga Pengampunan [2002] 4 MLJ 529 dan De Freitas lwn Benny [1976] AC 239,” katanya.

Shad Saleem menjelaskan demikian ketika dibangkitkan persoalan sama ada Yang di-Pertuan Agong terikat kepada nasihat dan syor oleh Lembaga Pengampunan yang selama ini menjadi antara isu yang sering dipersoalkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada bekas perdana menteri itu boleh memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, sedangkan masa sama sedang berdepan perbicaraan terhadap tiga lagi pertuduhan.



Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib yang memohon sabitan dan hukuman dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd disemak semula.

Najib berdepan tiga lagi kes berasingan iaitu kes rasuah 1MDB membabitkan penyelewengan RM2.28 bilion; kes pengubahan wang haram SRC International berasingan membabitkan RM27 juta; dan kes pecah amanah International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM6.6 bilion.

Shad Saleem berkata, peranan Lembaga Pengampunan menyampaikan nasihat atau syor kepada Raja dibuat mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan.

Manakala, katanya, kuasa untuk memula atau menghentikan sebarang prosiding bagi kesalahan adalah milik pendakwa raya di bawah Peguam Negara mengikut Artikel 145(3).



“Keadaan ini berbeza dengan di Amerika Syarikat, seperti diketahui umum Presiden Amerika Syarikat mempunyai kuasa memberi pengampunan kepada mereka yang belum didakwa atau disabitkan kesalahan seperti dalam kes Presiden Ford mengampunkan Richard Nixon terlebih dahulu sebelum beliau didakwa dan disabitkan.

“Di Malaysia (perkara seperti) ini tidak pernah berlaku kerana kuasa untuk memula atau menghentikan sebarang prosiding bagi kesalahan adalah milik pendakwa raya di bawah Peguam Negara mengikut Artikel 145(3), bukan kepada Agong,” katanya.

Pandangan Shad Saleem itu dipersetujui oleh peguam, Hassan Abdul Karim, yang berpendapat Yang di-Pertuan Agong tidak ada kuasa untuk memberi pengampunan terhadap kes yang belum selesai.

“Mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan, kuasa untuk memulakan atau menghentikan sebarang prosiding di mahkamah adalah milik Pendakwa Raya dan bukan Yang di-Pertuan Agong,” katanya. BH



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker