Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh – Howard Lee

Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh – Howard Lee

Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh - Howard Lee
Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh – Howard Lee

 

Kecerdikan akal Ketua Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin disoal susulan kenyataannya mengenai pertikaian Laut China Selatan dengan China.

Ini selepas Muhyiddin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana dianggapnya “cuai” dalam memberi kenyataan berhubung isu pertikaian Laut China Selatan.



Ia susulan kenyataan perdana menteri itu yang memberitahu Putrajaya terbuka kepada rundingan selepas Beijing membangkitkan projek operasi cari gali Petronas di kawasan laut tersebut.

Dalam kenyataannya semalam, Muhyiddin memberi amaran bahawa kenyataan Anwar itu secara tidak langsung boleh dianggap memperakui tuntutan China terhadap kawasan yang sudah sah merupakan wilayah Malaysia.

Mengulas kritikan Muhyiddin, Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee berkata bekas perdana menteri itu sepatutnya lebih faham keadaan yang sebenar.


Baca Artikel Menarik:

Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion



“Saya tidak tahu sama ada Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh kerana sebagai bekas perdana menteri beliau sepatutnya tahu bahawa dalam perihal hubungan antarabangsa, ia melibatkan urus tadbir, pertemuan, dan timbang tara untuk menyelesaikan, atau setidak-tidaknya mengendurkan ketegangan dalam sesuatu isu, termasuk tuntutan bertindih di Laut China Selatan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Lee berkata Muhyiddin ‘menjejaskan’ kedaulatan negara apabila mengkritik Anwar mengenai hubungan Malaysia dan China.

“Apabila berhadapan dengan kuasa-kuasa besar, bahasa diplomatik adalah amat penting untuk memastikan hubungan harmoni dikekalkan. Saya yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mantan Perdana Menteri yang banyak pengalaman politik tentunya cerdik, pandai dan bijaksana.



“Tentu beliau faham apa yang dimaksudkan dengan bahasa diplomatik, terutamanya apabila kita berhadapan dengan Amerika Syarikat dan China – yang kedua-duanya hadir di rantau Asia Tenggara termasuk Laut China Selatan.

“Sayangnya, Muhyiddin yang kini mengepalai gerombolan pembangkang Perikatan Nasional hanya berani bermain ‘politik kotor’.


Baca Artikel Menarik:

‘Pengampunan Najb’, tuduhan Muhyiddin pamer sikap dendam dan busuk hati



“Demi secebis undi, beliau telah memperjudikan keselamatan negara, memalukan nama baik Malaysia, melakukan sabotaj ke atas hubungan dua hala antara negara kita dan China, serta menjejaskan usaha Asean untuk mengekalkan keamanan rantau ini,” kata Lee.

China sebelum ini menegaskan bahawa penerokaan minyak dan gas Petronas telah merangkumi laluan laut antarabangsa – termasuk sebahagian kawasan tuntutan republik itu dari “sembilan garis putus” yang merentasi Laut China Selatan.

Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague memutuskan pada 2016 bahawa penetapan sempadan sembilan garis putus itu dibuat tanpa asas undang-undang.

Menggunakan sembilan garis putus, China terus menceroboh zon ekonomi eksklusif Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan.



Anwar menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dengan China berhubung penerokaan syarikat minyak dan gas negara itu, dan berkata Muhyiddin patut lebih teliti dengan kenyataannya.

Baca Artikel Menarik:

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Sementara itu, Lee turut menyoal mengapa Muhyiddin tidak mengkritik dirinya sedangkan sebagai perdana menteri pada 2022, apabila menteri luar dari Bersatu pimpinannya telah bersetuju dengan perjanjian pembangunan bersama di Laut China Selatan.



Ketika dihubungi, Lee berkata ini merujuk kenyataan bersama pada Julai tahun lepas antara Menteri Luar China ketika itu Wang Yi dan rakan sejawatannya dari Malaysia Saifuddin Abdullah bahawa kedua-duanya membina konsensus untuk “mempercepatkan perundingan mengenai kod etika di Laut China Selatan dan bersama-sama membina Laut China Selatan menjadi laut keamanan dan kerjasama”.

Pun begitu, Muhyiddin bukan lagi perdana menteri pada masa itu dan telah digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob pada Ogos 2021.

Muhyiddin digulingkan sebagai perdana menteri pada 2021 manakala menteri luar semasa pentadbirannya ialah Hishamuddin Hussein daripada Umno.

Bagaimanapun, menteri luar negeri pada 2022 semasa pentadbiran Ismail Sabri Yaakob ialah Saifudidn Abdullah daripada Bersatu.


Baca Artikel Menarik:

Intan Najuwa sorok tunang

Malaysiakini tidak menemui sebarang kenyataan Saifuddin yang menyokong perjanjian pembangunan bersama dengan Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Lee juga mendakwa parti Muhyiddin Bersatu telah mencapai kata sepakat dengan kerajaan China hasil rundingan bersama.

Ini dipercayai merujuk kehadiran Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada acara maya Parti Komunis China berdialog dengan parti politik dunia bulan lepas. Mk

Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh – Howard Lee

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker