Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?

Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?

Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil meruncing setelah Diana tampil mendedahkan sikap baran suaminya terhadap dia dan anaknya, Nur Aurora.

Jelas Diana, tindakan Farid yang menengking anak secara keterlaluan telah membuatkan Aurora trauma dan ketakutan.

“Dia kata insiden marah anak itu kecil sahaja. Saya tekankan di sini, dia sudah mula tengking, baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semua hal yang sangat remeh.



“Sampai esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab -sebab remeh. Sampai tengahari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia.

“Petang dia tengking Aurora insiden petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan menjerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut,” tulisnya di Instagram.

 


Baca Artikel Menarik:

Diana pada awal Mac lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan tersebut disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerait tersebut.

Dalam pada itu, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.



Selain itu, Diana turut memaklumkan Farid meminta dia membuat permohonan untuk membuang namanya dalam surat beranak anak-anak mereka.

“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam itu?

“Saya tidak pernah merancang untuk mendedahkan perkara sebenar secara terbuka. Saya tidak punya pilihan oleh kerana kemahuan awak terus menerus memanggil media untuk meraih simpati.

“Kita sambung semuanya di mahkamah,” tegas Diana.




Baca Artikel Menarik:

Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker