Pulanglah Zalina

Pulanglah Zalina

Personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi memuat naik hantaran di media sosial berupa harapan agar sahabatnya yang juga bekas pengacara TV3, Zalina Azman yang hilang lebih setahun lalu segera pulang.

Dalam hantaran di TikTok itu, Ras Adiba memuat naik rasa rindu dan harapannya yang turut disertakan dengan gambar Zalina.



“Hai Zal. Zal kat mana? Raya tak lama lagi. Pulanglah. Kami rindu,” tulisnya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021, apabila anak lelakinya, Mikhael Norman, 34, membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, bagaimana Ras Adiba terus bersikap optimis dan yakin bahawa Zalina akan pulang ke pangkuan keluarganya. HM



Pulanglah Zalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker