Mia Sara tanggal tudung, berparti?

Mia Sara menafikan tuduhan tersebut

Mia Sara tanggal tudung, berparti?

Pelakon Mia Sara menafikan dakwaan gosip membuka tudung dan berparti yang tular di media sosial adalah dirinya.

Tegas Mia atau pemilik nama penuh Mia Sara Nasuha,17, mengambil pendekatan untuk tidak mudah melatah dan menyerahkan kepada masyrakat untuk menilai.

“Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati.

“Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.

“Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah,” kata Mia Sara.

Sementara itu, bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan turut berharap kontroversi yang melanda anaknya itu juga akan menemui titik noktah.

“Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinye. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.

“Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan,” katanya.

Baru-baru ini, tular klip video membabitkan seorang artis wanita didakwa bertudung yang membuka tudungnya dan berparti sahkan. HM

Mia Sara tanggal tudung, berparti?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker