Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan

 

ALOR GAJAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menjelaskan tindakannya melepaskan jawatan bukanlah atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan dirinya sendiri yang ingin berehat.

Katanya, keputusan itu telah lama dilakukan dan pernah disuarakan beberapa kali kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.



Jelasnya, langkah itu juga tidak terkait dengan sebarang agenda politik atau desakan daripada mana-mana pihak berkepentingan.

“Keputusan ini sudah lama dah, dahulu saya pernah cakap sepenggal cukuplah buat apa nak lama-lama, saya sudah penat bagi orang peluang pula, itu sahaja.

“Memang tidak ada perjanjian (ditawarkan Ahmad Zahid) saya cakap ikhlas memang saya tidak mahu dah, tidak ada desakan sebaliknya keputusan ini adalah desakan hati saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Ramadan Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan beralih posisi ke peringkat Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu memberitahu perkara tersebut sama sekali tidak akan berlaku kerana beliau ingin memberi fokus kepada pentadbiran di peringkat DUN.



“Tak (duduk di Persekutuan). Saya nak jaga DUN, nak duduk di DUN, kembali ke hidup lama saya yang normal, itu sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, sesiapa sahaja yang bakal mengisi kekosongan jawatan itu hanya perlu meneruskan pentadbiran sedia ada.

“Tak payah (buat apa-apa pembaikan) benda semua sudah ada, jalan seperti biasa, masing-masing ada kelebihan.

“Kita mesti menyokong, mendukung sebaik yang mungkin dan saya harap siapa yang menggantikan saya, kalau Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh buatlah yang terbaik,” katanya.



Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal berlangsung esok, pukul 3 petang.

Ahmad Zahid memaklumkan pihaknya telah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam untuk menerima surat peletakan Sulaiman yang diterima pada Selasa lalu dan parti mencadangkan Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia



Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker