Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?

Mesra Buat Video Call

Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?

Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?
Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?

Sebelum ini pernah timbul gosip mendakwa personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Walaupun begitu, adik kepada pengacara dan usahawan popular, Neelofa itu tidak pernah tampil membuat kenyatan berhubung spekulasi tersebut.

Terbaharu, hubungan Ameera, 22, dengan Jefri, 24, kembali diperkatakan apabila rakannya yang juga personaliti media sosial Rosix Omar memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya menunjukkan Ameera sedang membuat panggilan video dengan aktor berkenaan.



Menerusi video itu, Ameera dilihat melambai mesra sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Jefri menerusi panggilan tersebut.

Di hujung rakaman, kedengaran gelak besar Rosix yang seolah-olah mengetahui hubungan yang terjalin di antara kedua-duanya.

Baca Artikel Menarik:

Malah, Rosix juga turut menulis kapsyen ringkas, “Lesssgoo (let’s go) Indonesia” menerusi video tersebut.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Ameera kini sedang bercinta dengan pelakon tersebut.

“Rosix dengan Nabila selalu jadi tukang kantoi.  Dulu Nabila kantoikan pasal Lofa dengan PU Riz.

“Broken la aku.

“Oh patutlah lately ni banyak lalu kat fyp orang Indonesia suka LMK sebab LMK kawan dengan Jefri Nichol rupanya.



“Weh can’t believe they still together,” komen netizen.

Baca Artikel Menarik:

Namun begitu, ada juga netizen yang mempertikaikan mengenai dakwaan tersebut memandangkan Jefri dikatakan sudah mempunyai kekasih.

“But Jefri Nichol ada girlfriend dah.



“Bukan Jefri ni dah ada teman wanita ke? Tapi mesti mak Ameera tak bagi punya yang ini,” tulis netizen.

Jefri yang popular menerusi filem Dear Nathan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa aktres Indonesia seperti Shenina Cinnamon dan Amanda Rawless.

Netizen Syak Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Kembali Terjalin?

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker