Skuad B-22 tiada seni bola sepak

Skuad B-22 tiada seni bola sepak

Walaupun berjaya menjulang Piala Merlion buat kali pertama, skuad bawah 22 (B-22) tahun negara dianggap masih belum mencapai tahap persembahan terbaik untuk menghadapi Sukan SEA, Mei ini.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan skuad kendalian E Elavarasan itu perlu menukar corak permainan mereka sekiranya menaruh impian besar untuk meraih pingat emas di temasya yang akan berlangsung di Kemboja nanti.



Beliau berkata, corak permainan yang ditampilkan skuad B-22 dalam Piala Merlion masih lagi menggunakan sistem lama apabila banyak melakukan hantaran jauh.

“Melihat kepada corak permainan, pada saya masih susah (untuk raih emas di Sukan SEA). Saya tengok permainan macam dulu-dulu, pam bola ke atas dan tak ada bermain macam pasukan senior.

‘Pemain Thailand lebih berkualiti, pemain Malaysia takut pegang bola’

“Pasukan senior saya puji, mereka banyak bermain secara hantaran pendek dan membentuk permainan. Ini (skuad B-22) tidak ada seni bola sepak, dapat bola terus hantar ke atas, jadi benda ini zaman lama dulu dan tak ada perubahan.



“Kita kena tengok Thailand dan Vietnam, mereka sudah main sistem lain, tak main pam bola dari bawah pam ke atas. Jadi, kalau macam itu permainan, susah kita nak menang dengan Thailand dan Vietnam,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Anak buah Elavarasan muncul juara Piala Merlion apabila mengatasi skuad B-22 Hong Kong 2-1 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, Ahad lalu.

Najmudin Akmal dan Safwan Mazlan muncul wira negara apabila jaringan mereka pada minit ke-74 dan 79 memberikan gelaran juara buat Malaysia walaupun Hong Kong cuba bangkit menerusi jaringan daripada Lau Ka Kiu minit ke-80.

Mengulas lanjut, Jamal menganggap Elavarasan perlu menerapkan lebih banyak corak permainan yang digunakan oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon yang berjaya membentuk permainan baik buat skuad senior Harimau Malaya.



Katanya, perkara itu lebih mudah untuk dilakukan memandangkan Elavarasan juga adalah penolong kepada Pan Gon dalam skuad senior.

“Jurulatih (Elavarasan) bersama Pan Gon (dalam skuad senior), dia patut menyesuaikan corak permainan yang digunakan Pan Gon. Kita tengok pergerakan yang Pan Gon mainkan dalam skuad senior memang saya puji.

“Jadi sistem dalam B-22 ini sepatutnya tidak jauh beza. Kena selari sebab satu hari nanti pemain ini akan pergi ke pasukan senior dan adaptasi sistem mesti sama.

“Skuad B-22 kena banyak lagi pendedahan dan bermain dengan keyakinan tinggi, boleh kawal bola, ini bila dapat bola sudah kelam kabut. Mereka bawah sedikit daripada pasukan senior, maknanya mereka harus lebih matang dari pasukan bawah umur yang lain,” katanya. BH



Skuad B-22 tiada seni bola sepak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh



Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker