Diana peroleh hadanah interim dua anak

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Diana Danielle memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Jumaat lalu.

Dua anaknya itu ialah Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, yang mana kedua-duanya adalah hasil perkahwinan dengan suaminya Farid Kamil pada 2012.



Ketika ditemui selepas prosding kes, Akberdin yang mewakili Diana berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas anak guamnya membuat permohonan hadanah pada Khamis minggu lalu.

“Pada sebutan kes hari ini (Mahkamah Rendah Syariah Petaling) kita turut menyerahkan perintah yang diberi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung perkara itu. Walaupun Diana dapat hak jagaan sementara, tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya,” katanya.

Sebelum ini, Farid dalam prosiding terdahulu, mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, sejak awal bulan ini.

Pada tempoh sama, difahamkan Farid juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.



Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini menetapkan 30 Mei bagi Farid dan Diana memaklumkan kepada mahkamah laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pasangan itu.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, telah melantik pengurus bagi mewakili dirinya manakala Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, pula melantik kakaknya.

Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. K Online



Diana peroleh hadanah interim dua anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana



Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker