Malaysia kecam serangan Israel ke atas Rafah

Malaysia kecam serangan Israel ke atas Rafah

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel di bandar Rafah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang rakyat Palestin termasuk 18 kanak-kanak.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan pencerobohan Israel akan menyebabkan lebih ramai nyawa terkorban.



“Kekejaman Israel semakin melampau kerana ia sama sekali tidak menghiraukan garis merah yang ditetapkan sekutunya.

“Rafah merupakan benteng dan tempat perlindungan Rakyat Palestin. Serangan Israel menyebabkan 1.5 juta rakyat Palestin hilang tempat perlindungann sementara yang sesak di dalam kawasan hanya seluas 64 km persegi,” katanya.

Serangan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung.

Pada bulan lalu, Israel telah diberi amaran oleh negara-negara sekutunya untuk mengelakkan dari menyerang Rafah kerana ia adalah satu kesilapan.



Serangan ini ternyata membuktikan kedegilan Israel. Masyarakat antarabangsa perlu terus mengecam pencerobohan Israel, mendesak pemberhentian permusuhan dengan segera, mengiktiraf dan menegakkan kenegaraan Palestin, dan secara aktif mendapatkan keadilan yang telah dinafikan selama lebih tujuh dekad.

Oleh itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus mengecam pencerobohan Israel dan menghentikan permusuhan dengan segera. MG

Malaysia kecam serangan Israel ke atas Rafah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker