Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Syasya sah bergelar isteri orang

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Bekas anggota kumpulan Dolla, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, atau Syasya sah bergelar isteri dalam majlis tertutup semalam.

Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (UMM) dalam satu kenyataan media, hari ini.



Bagaimanapun, butiran terperinci majlis itu termasuk identiti jejaka yang mencuri hati Syasya, tidak didedahkan.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

“Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada Dolla, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya, semalam.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.



“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya semalam.

“Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” katanya.

Pada masa sama, syarikat rakaman terbabit berharap berita pernikahan Syasya menamatkan spekulasi yang bertebaran.



“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya Dolla,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, tular foto Syasya bersama suaminya yang dipercayai dirakamkan selepas majlis akad nikah berlangsung.

Terdahulu pada 8 Mac lalu, Dolla membuat kejutan apabila mengumumkan pengunduran Syasya menerusi hantaran di akaun rasmi mereka. HM



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker