Hattan hilang adik pada Syawal kelima

Hattan hilang adik pada Syawal kelima

Datuk Hattan kehilangan adik tersayang, Mohd Hatta Shahabudin, 46, yang menghembuskan nafas terakhir secara mengejut di kediaman keluarga mereka di Seri Menanti, Negeri Sembilan, pada Syawal kelima, semalam.

Hattan mengakui pemergian anak keenam dari tujuh beradik itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya, malah, menjadi kenangan Hari Raya yang tidak dilupakan sampai bila-bila.



Hattan berkata, Allahyarham Mohd Hatta dikatakan rebah kira-kira jam 3.30 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital yang tiba, kira-kira sejam kemudian.

“Adik menghidap masalah jantung. Adik sepatutnya menjalani pembedahan pintasan jantung, Jun ini. Sebelum ini, arwah okay. Dia paling bersemangat mengemas kediaman kami di kampung. Arwah tidak boleh tengok sampah, dia akan kemas,” katanya.

Hattan mengaku rasa tidak ‘sedap’ selepas pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur pada raya ketiga, Jumaat

“Selepas arwah meninggal dunia, barulah saya sedar, rupanya tanda-tanda dia hendak pergi. Saya pulang ke kampung pada Sabtu, iaitu sebelum Syawal dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada Syawal ketiga iaitu, Jumaat.



“Pada hari Sabtu, hati saya tidak sedap, macam ada sesuatu yang tidak kena. Apabila dapat panggilan telefon daripada salah seorang adik-beradik pada jam 3.30 pagi Ahad, saya seperti dapat agak ada perkara yang tidak kena.

“Betullah telahan saya apabila dimaklumkan Hatta tiba-tiba rebah, muntah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Hattan berkata, apa yang lebih membuatkan dia sedih apabila anak tunggal arwah yang berusia 17 tahun meminta agar dia tidak mengabaikannya.

“Saya terkilan sebab adik tidak sempat tengok anaknya sambung belajar. Arwah bercita-cita hendak menghantar anaknya belajar ke luar negara,” katanya yang reda dengan pemergian adiknya itu. BH



Hattan hilang adik pada Syawal kelima

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker