Muaz Zabir buka mulut akui kesilapan

Pernah rapat denga Bella.

Muaz Zabir buka mulut akui kesilapan

“Tiada niat memporak-perandakan rumah tangga orang.”

Demikian respons pelakon Muaz Zabir apabila namanya terheret sama dalam kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz.



Muaz atau nama penuhnya, Muaz Mohamad Zabir, 27, mengakui pernah menjalin hubungan dengan Bella untuk mencetuskan rasa cemburu Aliff.

“Saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan Bella sebelum ini bahawa kami pernah rapat sekitar tahun lepas dan perkara ini sudah diselesaikan.

“Saya manusia biasa, tiada niat untuk masuk campur lebih-lebih lagi membabitkan individu yang sudah berumah tangga.

“Kami juga sepakat untuk ‘move on’. Saya hanya dengar keluhan Bella sebagai rakan yang ingin membantu. Tiada niat memporak-peranda rumah tangga orang,” katanya.



Menurut pelakon drama Pemburu Rahsia itu lagi, kontroversi terbabit memberi impak besar terhadap kehidupan dan kerjayanya.

Sedar akan kekhilafan diri, Muaz berlapang dada menerima apa sahaja kritikan dan pandangan orang ramai apabila sanggup dipergunakan Bella untuk meraih perhatian suami.

“Perkara ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga Bella.

“Saya tidak dapat menutup mulut masyarakat daripada terus berkata-kata. Saya akui ini memang khilaf saya,” katanya dalam satu temu bual bersama media tempatan.



Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengeluarkan kenyataan pernah bermain cinta dengan Muaz untuk mencetuskan rasa cemburu Aliff yang ketika itu berselingkuh dengan dua wanita.

Terdahulu, tular di platform TikTok pendedahan perbualan dan gambar mesra kedua-dua pelakon itu sekali gus meraih reaksi pelbagai netizen. K Online

Muaz Zabir buka mulut akui kesilapan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker