Panas melampau ‘bakar’ Asia Tenggara, sekolah ditutup

Panas melampau ‘bakar’ Asia Tenggara, sekolah ditutup

Cuaca panas melampau melanda beberapa bahagian Asia Selatan dan Asia Tenggara, menyebabkan sekolah di seluruh Filipina ditangguhkan, amaran panas dikeluarkan di Bangkok dan seluruh Bangladesh berdoa memohon hujan.

Suhu tinggi itu direkodkan sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Asia adalah rantau yang paling banyak mengalami bencana akibat iklim dan cuaca pada 2023, dan banjir serta ribut menjadi punca utama kematian dan kerugian ekonomi.



Penyelidikan saintifik itu mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih panas, lebih kerap dan lebih mencabar.

“Ia sangat panas sehingga anda tidak boleh bernafas,” kata Erlin Tumaron, 60, yang bekerja di pusat peranginan tepi laut Filipina di wilayah Cavite, selatan Manila, di mana indeks haba mencapai 47 darjah Celsius kelmarin.

Mac, April dan Mei lazimnya adalah bulan paling panas lagi kering di kepulauan itu tetapi keadaan tahun ini diburukkan lagi oleh fenomena cuaca El Nino.

Peramal cuaca berkata, indeks haba dijangka mencapai tahap ‘bahaya’ 42 darjah Celsius atau lebih tinggi di sekurang-kurangnya 30 bandar dan majlis perbandaran, semalam.



Jabatan Pendidikan Filipina, yang menyelia lebih 47,600 sekolah berkata, hampir 6,700 sekolah terpaksa digantung kelas, semalam.

Ketua klimatologi dan peramal cuaca negeri, Ana Solis, memberitahu AFP, terdapat 50 peratus kemungkinan haba semakin meningkat dalam beberapa hari akan datang.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya mengehadkan masa di luar rumah, minum lebih banyak air dan menggunakan payung serta topi apabila keluar untuk mengelakkan cuaca ‘panas melampau’.

Suhu global mencecah paras tertinggi tahun lalu dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB berkata, Asia mengalami peningkatan bahang kepanasan pada kadar yang sangat pantas, dengan kesan gelombang haba di rantau itu menjadi lebih teruk.



Laporan Keadaan Iklim di Asia 2023 Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mendapati Asia mengalami pemanasan lebih cepat daripada purata global, dengan suhu tahun lalu adalah hampir dua darjah Celsius melebihi purata antara tahun 1961 hingga 1990.

Sementara itu di Bangladesh, ribuan orang berkumpul di Dhaka untuk berdoa memohon hujan kerana gelombang panas yang melampau memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di seluruh negara.

Biro cuaca Bangladesh berkata, purata suhu maksimum di ibu negara sepanjang minggu lalu adalah 4 ke 5 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata 30 tahun untuk tempoh yang sama.

Jabatan Meteorologi India pula berkata, keadaan gelombang haba yang teruk mungkin berlaku di negeri timur dan selatan Odisha, Bengal Barat, Sikkim dan Karnataka dalam tempoh lima hari akan datang.



Pihak berkuasa Thailand di Bangkok juga mengeluarkan amaran panas melampau dan menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah demi keselamatan mereka sendiri.

Suhu diramalkan mencecah 39 darjah Celcius di ibu kota Thailand yang luas, manakala indeks haba meningkat melebihi 52 darjah Celsius.

Thailand mengalami gelombang panas minggu ini, yang menyebabkan suhu di wilayah utara Lampang hampir mencapai rekod kebangsaan 44.6 darjah Celsius pada Isnin lalu. BH

Panas melampau ‘bakar’ Asia Tenggara, sekolah ditutup



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker