‘Tunggu anak bawa pulang diploma, jenazah yang tiba’

‘Tunggu anak bawa pulang diploma, jenazah yang tiba’

BATU PAHAT: “Arwah janji nak bawa pulang diploma untuk dihadiahkan pada saya, tapi yang pulang adalah jenazah,” kata Mohd Fadzli Ramli bapa kepada Allahyarham Muhammad Fadzri Aiman, 20, pelajar Kolej Vokasional Bukit Katil, Melaka yang maut dalam kemalangan, malam tadi.

Kemalangan berlaku pada jam 10.30 malam, di Kilometer 121.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan ketika pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil skrol diploma jurusan pemesinan perindustrian di kolejnya.



Menurut Mohd Fadzli, 48, sebelum berangkat pulang ke rumahnya di Johor Jaya, dia menelefon arwah dan ketika itulah anak kedua daripada tujuh beradik itu berjanji mahu menghadiahkan diploma diraihnya.

“Dalam perbualan itu, arwah cakap ‘Papa …selepas raya, papa akan dapat diploma. Nanti lepas raya abang bagi (diploma) kat papa. Itulah janji dia pada saya, sebelum arwah memberitahu mahu berangkat pulang ke ke Johor Jaya dari Bukit Katil.

“Saya tunggu kepulangan dia hingga terlelap, apabila terjaga sekitar jam 12 tengah malam, saya mendapat berita daripada adik arwah mengatakan abang sudah meninggal,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanan Nora Ismail (HSNI) hari ini.

Menurutnya lagi, berita itu sedih itu diterima ketika dia berseorangan di rumah menyebabkan dia hampir pengsan.



Katanya, dia juga terpinga-pinga kerana seolah-olah tidak percaya arwah anaknya sudah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

“Walaupun hati saya sedih, jiwa saya gembira kerana arwah meninggal di bulan Ramadan, tepat malam Jumaat, 10 malam terakhir Lailatulqadar. Semua ini terserah pada Allah,” katanya.

Sementara itu, datuknya, Shahrum Hassan, 60, berkata pada jam 11 malam, dia ada menghubungi cucunya namun gagal.

“Tidak lama kemudian, barulah tahu arwah kemalangan, namun saya menyangka ia kemalangan biasa. Kemudiannya, polis hubungi memaklumkan cucu sudah meninggal dunia,” katanya.



Adiknya, Muhammad Fadzmi Aiman pula berkata arwah akan memulakan kerjaya di Gelang Patah pada 24 April ini selepas lulus temuduga.

“Dia beria-ria nak bekerja sambil belajar, namun semua ini hanya tinggal kenangan buat kami selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kereta dan sebuah motosikal ditunggang mangsa.

Kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di lorong kiri, bergesel dengan sebuah kereta yang sedang memperlahankan kelajuan kerana mahu menukar lorong kiri.



“Kereta terbabit waktu itu mengalami masalah teknikal di bahagian enjin menyebabkan pemandu menukar lalu. Selepas bergesel, mangsa terjatuh di lorong kanan lalu dirempuh sebuah lagi kereta dari arah sama.

“Mangsa parah dan menerima rawatan di HSNI, beberapa kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kehilangan darah banyak, manakala kedua-dua pemandu kereta tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.” katanya. BH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri



Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker