Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh

Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sahkan beliau tidak dirujuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura, enam tahun lalu.

Beliau juga mengesahkan apa yang didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Negara kelmarin berhubung isu Batu Puteh adalah benar.



“Apa yang didedahkan adalah benar, saya tak mahu komen lebih, tapi saya bersedia untuk beri keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.

“Saya Peguam Negara ketika itu, tetapi semasa Dr Mahathir buat keputusan, beliau tidak pernah merujuk kepada saya sebagai Peguam Negara. Malah, masa itu saya telah dipaksa untuk bercuti selama 30 hari oleh Ketua Setiausaha Negara pada masa itu.

“Semasa saya berada dalam garden leave itu, perkhidmatan saya ditamatkan sebelum habis tempoh bercuti,” katanya, semalam.

Mohamed Apandi dilantik sebagai Peguam Negara pada Julai 2015, mengambil alih tugas daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan khidmat berkuat kuasa 27 Julai tahun sama atas sebab kesihatan. Khidmat Mohamed Apandi bagaimanapun ditamatkan kerajaan pada Jun 2018.



Peguam Negara baharu bagi menggantikan beliau ialah peguam terkemuka, Tan Sri Tommy Thomas yang dicadangkan oleh Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Kelmarin, Azalina ketika menggulung perbahasan di Dewan Negara, menyatakan Perdana Menteri yang membuat keputusan secara sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa.

Keputusan secara bersendirian

Kata menteri itu lagi, Perdana Menteri ketika itu membuat keputusan secara bersendirian, tanpa sesiapa mengetahuinya termasuk Peguam Negara yang bercuti ketika itu.



“Peguam Negara cuti empat hari garden leave, dipaksa cuti, tidak ada siapa tahu, keputusan dibuat sembunyi-sembunyi, menyebabkan kita hilang Batu Puteh dalam proses rayuan antarabangsa dan tidak seorang pun menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan soal kehilangan kedaulatan,” kata Azalina.

Beliau menambah, perkara itu sudah disiasat pasukan petugas khas dan Dr Mahathir dipanggil untuk memberi keterangan, tetapi tidak hadir.

“Kini sudah ada suruhanjaya siasatan diraja (RCI), beliau boleh dipanggil, jika tidak hadir boleh ditangkap,” kata Azalina lagi.

Sementara itu, pegawai Tun Dr Mahathir ketika dihubungi BH semalam, memaklumkan pada masa ini pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan belum mempunyai reaksi berhubung perkara terbabit.



Pada Oktober 2021, Dr Mahathir mempertahan tindakannya menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018 kerana ia dibuat atas nasihat pegawai yang dilantik Mohamed Apandi selaku Peguam Negara ketika itu.

Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan penubuhan RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. BH

Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’



Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker