Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

Alor Setar: Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontroversi yang berlaku membabitkan pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA abaru-baru ini.

Maju Kedah Resources dalam kenyataan, berkata persembahan tarian ala dangdut selebriti itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya berikutan ia bukan salah satu daripada atur cara program.



Katanya, kehadiran selebriti adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.

“Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihakpenganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.

“Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.

“Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat kesal di atas apa yang berlaku dan sekali lagi memohon maafkepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut,” katanya.



Menurut kenyataan itu, susulan insiden terbabit, pihaknya menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.

“Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.

“Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi,” katanya.

Dalam kejadian dipercayai Khamis lalu, tular video Azwan Ali bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.



Aksi menari mereka di atas pentas mendapat kecaman netizen kerana berlaku pada bulan Ramadan. HM

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker