Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan

Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan

KOTA BHARU: Tiada pemberian bonus untuk penjawat awam di Kelantan pada Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata, ia berikutan bantuan khas kewangan penjawat awam Kelantan diberi pada November tahun lalu iaitu sebanyak RM2,000 oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang dianggap sebagai ‘bonus raya’.



“Bantuan itu dibayar bulan lalu yang jaraknya agak dekat dengan tarikh Aidilfitri dan boleh digunakan oleh penjawat awam untuk raya.

“Kita amat menghargai penjawat awam sebagaimana Kerajaan Pusat. Kalau keadaan ekonomi semakin baik, insya-Allah saya rasa kerajaan boleh fikirkan inisiatif bantuan lain selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Aidilfitri anjuran Yayasan PETRONAS, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli, berkata 550 keluarga dari 11 jajahan di Kelantan menerima sumbangan barangan keperluan makanan membabitkan nilai keseluruhan RM110,000.



“Bagi keseluruhan bantuan di Pantai Timur, kita memperuntukkan RM270,000 membabitkan 1,350 keluarga.

“Setiap keluarga terpilih menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, bihun, minyak masak, kari ayam dalam tin, sardin, gula, tepung gandum, garam, serbuk minuman coklat dan teh,” katanya. BH

Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker