Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Abby sindir Norman Hakim

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi menyindir kenyataan bekas suaminya, Norman Hakim selepas pelakon itu memberitahu tidak mempunyai akses untuk mengubunginya bagi berbincang mengenai isu anak kedua mereka, Marissa Dania Hakim.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan dalam InstaStory miliknya, wanita berusia 46 tahun itu membalas kenyataan Norman seperti dilaporkan sebuah portal hiburan yang memetik kenyataan lelaki itu tidak dapat menghubungi bekas isterinya.



“Norman Hakim mengalah, dedah tak dapat hubungi Abby Abadi. Ampun maaf untuk segala kelemahan salah dan silap,” lapor tajuk berita tersebut.

Menganggap kenyataan tersebut sebagai melucukan, Abby membalas dengan komen sindiran apabila memberitahu dia memang sukar untuk dihubungi kerana mengalami masalah talian (line) selepas berpindah ke Mongolia.

“Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa? Oh, lupa nak beritahu, line (talian) tidak ada. Saya sudah pindah Mongolia semalam,” tulis Abby.

Terdahulu, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, ada meninggalkan komen menerusi salah satu hantaran yang dikongsikan Abby dalam Instagram miliknya.



Enggan perkara itu berlarutan, Norman akhirnya mengalah dan memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan terhadap bekas isterinya itu.

Kata pelakon berbadan sasa itu, dia juga mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Marissa sekiranya perkara itu berlaku disebabkan dirinya.

“Okeylah bok (panggilan Abby). Ampun maaf untuk yang kesekian kali segala kelemahan salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai semuanya khilaf saya,” ujarnya.

Kata suami kepada Memey Suhaiza itu lagi, dia akan cuba sehabis baik menyelesaikan kemelut membabitkan Marissa.



Bagaimanapun, Norman mendakwa bahawa dia tidak ada cara untuk menghubungi Abby secara peribadi bagi membincangkan tentang masalah anak mereka.

“Seperti yang saya kata, Insya-Allah saya usaha yang termampu. Jarang saya nak komen secara terbuka, tetapi kami tidak mempunyai akses untuk menghubungi kamiu.

“Dania (Marissa) kirim salam sayang buat awak. Doakan yang baik-baik bok,” komen Norman.

Sebelum itu, Norman ada meninggalkan komen berbentuk teguran apabila meminta Abby bertenang dan berhenti daripada menulis apa-apa tentang Marissa.



Enggan berdiam diri, Abby kemudiannya membalas semula teguran lelaki itu apabila mengakui sangat kecewa dengannya.

Malah, dengan lantang Abby mendakwa sudah penat kerana terlalu memendam perasaan terhadap bekas suaminya itu. K Online

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker