Boikot restoren atau gerai yang caj RM2 pengunjung tak pesan minuman

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa orang ramai memboikot premis makanan dan minuman yang mengenakan caj kepada pelanggan tidak membuat pembelian di premis berkenaan.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow menyifatkan tindakan seperti itu adalah langkah sangat buruk dan mengambil kesempatan.

“Pengguna mempunyai hak dengan apa yang dibuat sama ada memesan makanan dan minuman atau tidak



“Pemilik premis atau peniaga pula tidak mempunyai hak mengenakan bayaran tertentu sekiranya pelanggan tidak memesan apa-apa makanan dan minuman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Subbarow berkata, pemilik premis atau peniaga juga tidak berhak meletakkan notis pemberitahuan mengenai caj itu.

Sehubungan itu, premis dan kedai seumpamanya wajar diboikot atau pelanggan perlu menuntut pengeluaran resit sekiranya ia berlaku.

“CAP juga menggesa pihak berkuasa supaya melihat isu ini dengan serius selain mengambil tindakan yang perlu terhadap peniaga berkenaan.



“Sebelum ini, CAP hanya ‘dengar’ mengenainya, tetapi kini benar-benar berlaku,” katanya lagi.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan gambar tular daripada pengguna di laman sosial Facebook mengenai sebuah kopitiam di Pulau Pinang yang mengenakan caj RM2 kepada pengunjung yang tidak membuat sebarang pesanan minuman.

Kopitiam itu turut melekat notis dalam bahasa Inggeris di dinding premis yang bermaksud setiap meja akan dikenakan bayaran RM2 jika tiada minuman yang dipesan.

.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker