Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida
Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida
Tindakan menyenaraihitam artis seperti dilakukan terhadap Ruhainies bukan berunsur peribadi, sebaliknya penerbit, Datuk A. Aida berbuat demikian atas prinsip mahu memberikan pengajaran terhadap pelakon bermasalah.
Kata pemilik syarikat A.Aida Production itu, ketegasan sama wajar diikuti penerbit lain bagi memastikan industri seni bersih daripada anak seni yang tidak menjaga nilai moral serta profesionalisme dunia penerbitan.
“Bukan baru kali ini saya ‘blacklist’ artis dan tindakan tegas saya bukan untuk menghukum, cuma lebih kepada bagi pengajaran agar mereka yang bermasalah ini bertanggungjawab atas kesilapan sendiri, manakala penggiat seni lain pula lebih berjaga-jaga.
“Produser lain pun jangan takut untuk buat tindakan serupa kerana kalau nak industri kita dipandang tinggi, kita kena bertegas. Era saya berlakon dulu kalau artis bermasalah akan disenaraihitam tiga hingga empat tahun.
“Saya pun tiada masalah dengan Ruhainies, bahkan dia pelakon kesayangan saya bermula dengan drama Hello, Mr Perfect! sekitar tahun 2015 sampai sekarang banyak drama bawah produksi sama. Prinsip tetap prinsip,” katanya. K Online
Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida
Baca Artikel Menarik:
- Bella Astillah minta cerai
- Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel
- Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan
- Amelia Christie Akhirnya Sahkan Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Sharnaaz Ahmad
- Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer
- Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini
- Sophia Albarakbah dah kahwin senyap-senyap?
- Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC
- Kejam! Wanita Rohingya, anak dibakar di taman permainan di Cheras
- Geng plastik hitam tinggalan Mamat Khalid disambung Amen
- Bella Astillah tarik diri
- Bella jual batang buruk
- Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies
- Bekas orang kuat Muhyiddin sertai PKR
- Kurma Butter bawa penyakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama