Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel

Nama saja kurma Palestin tetapi semuanya dikuasai Israel.

Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel

Jabatan Kastam merampas 73 pek kurma “Organic Jumbo Medjool Dates” dipercayai dari Israel.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohamad, berkata 14.6kg kurma bernilai RM678 itu dirampas di sebuah gudang sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.



Beliau berkata, serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam Zon Tengah II Selangor itu menyusul video tular di media sosial berkaitan sebuah premis menjual kurma yang disyaki produk Israel.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menurut Harian Metro di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

Selain gudang, beliau berkata, sebuah pejabat di Klang dan sebuah kedai menjual makanan organik di Petaling Jaya turut diserbu.

Menurutnya, semakan kastam mendapati kurma itu dibawa masuk dari Eropah secara pukal bersama makanan lain dari Eropah pada 2022 dan diisytiharkan “food stuff”.



Sazali berkata, kurma itu dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan pada harga RM20 hingga RM30.

Katanya, sebarang produk dari Israel perlu mendapat permit khas Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Beliau berkata, siasatan dilakukan bawah Akta Kastam 1967, iaitu menyimpan/memiliki barangan larangan mengikut Seksyen 135(1)(d) dan pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan susulan jika menerima maklumat penjualan produk sama.

Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker