30 minit saja dalam kondo – Ruhainies

30 minit saja dalam kondo – Ruhainies

“Kami hanya kawan.” Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon, Aliff Aziz selepas kedua-dua mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah kondominium, Jumaat lalu.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, hubungannya dengan Aliff hanyalah sebagai rakan artis sejak sekian lama dan kini sama-sama menjalani penggambaran drama.



Bella Astillah minta cerai

“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat.



“Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama


Ruhainies, 32, juga menegaskan bahawa ada beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka seperti yang diuar-uarkan, sekali gus menimbulkan lebih banyak spekulasi.



“30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.

“Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” katanya.

Ruhainies turut mendakwa dia belum memberikan sebarang kenyataan dan segala yang dikeluarkan di mana-mana platform sebelum ini bukanlah kenyataannya.



Ditanya sama ada dia bersedia untuk memberikan kenyataan rasmi berhubung dakwaan khalwat dengan pelakon kelahiran Singapura itu, Ruhainies berkata, dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila tiba masanya.


Baca Artikel Menarik:

Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer


“Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di sini. BH



30 minit saja dalam kondo – Ruhainies


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker