TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri

TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri

Susulan laporan mengenai seorang pendeposit Tabung Haji yang mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain, Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati, pemindahan wang itu adalah daripada akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri.

Perkara itu dimaklumkan TH dalam satu kenyataan, hari ini.



“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan di media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah dari akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” katanya.

Hari ini, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari Datuk Jabidah Monseri, 66, pada 30 November tahun lalu.

Selepas bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017, Jabidah ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi Unimas Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).



Berikutan terlalu sibuk dengan tugas baharu, beliau tidak mengemas kini akaun Tabung Hajinya sehingga terjumpa semula buku akaun pada November tahun lalu dan mengemaskini akaun itu di pejabat TH di Kuching.

Bagaimanapun katanya, beliau hampir pengsan sebaik sahaja kerani yang membuat semakan memberitahu akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun itu sepatutnya lebih RM30,000. HM

TH dedah wang ‘lesap’ dipindah ke akaun bank pengadu sendiri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker