Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
Suami enggan bercerai dan mahu mempertahankan rumah tangga demi anak-anak, penyanyi Adira menegaskan dirinya sudah pernah berbuat demikian.
Ujar Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, semua yang dilakukan sekarang juga adalah untuk empat permata hati sehingga membuatkannya teguh dengan keputusan sama iaitu berpisah secara baik.
“Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang anak-anak, sekarang ini semua yang berlaku pun kerana memikirkan kepentingan anak-anak.
“Dahulu saya rujuk pun sebab anak-anak kami, tiada sebab lain selain mereka.
“Setakat ini keputusan saya tetap sama untuk meneruskan perceraian ini, tidak akan berubah apa pun,” katanya kepada Kosmo! Online sejurus selesai mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
Suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red pula percaya krisis rumah tangga mereka dapat diselamatkan apatah lagi mereka masih tinggal sebumbung.
Bahkan, ahli perniagaan itu mengakui isteri keduanya itu turut menggosokkan bajunya sebelum ke mahkamah pagi semalam.
Namun, pelantun lagu Ilusi itu menafikan kenyataan Datuk Red apabila memberitahu pakaian suaminya disiapkan pembantu rumah, bukan dirinya.
“Bukan saya yang gosok baju itu, bibik (pembantu) yang buat tapi betul kami masih serumah.
“Dekat rumah pun memang ada komunikasi antara saya dan dia, tidaklah bermasam muka.
Baca Artikel Menarik:
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
“Tapi seperti saya cakap berulang kali sebelum ini, walau macam mana sekali pun, keputusan saya tetap sama (cerai). Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini,” tuturnya tegas.
Proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April 2024. K Online
Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira