Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan

Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan

Undang-undang itu tidak membenarkan Muhyiddin Yassin membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kerana kes rasuah utamanya bermula di Mahkamah Sesyen, kata seorang anggota pasukan pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata demikian di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semasa sebutan pagi tadi berhubung kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadap bekas perdana menteri itu.

Dia berkata kes itu masih kekal di Mahkamah Sesyen selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan ia dikembalikan semula (ke Mahkamah Sesyen) untuk tindakan lanjut.

Pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, pagi tadi, dia berkara, rayuan terakhir bagi kes di Mahkamah Sesyen adalah di Mahkamah Rayuan sahaja mengikut Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964.

Peruntukan tersebut menyatakan bahawa sebarang rayuan yang timbul daripada sesuatu perkara di Mahkamah Sesyen hanya boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi dan berakhir di Mahkamah Rayuan.

CJA juga menyatakan bahawa hanya rayuan yang berasal daripada perkara di Mahkamah Tinggi boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan itu, Wan Shaharuddin berkata, pihak pendakwaan akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding kes rasuah terbabit sehingga rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Pada 28 Feb lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, ahli Parlimen Pagoh itu memfailkan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.

Wan Shaharuddin memberitahu bahawa alasan rayuan Muhyiddin ke mahkamah tertinggi tidak diketahui mengikut undang-undang dan adalah bertentangan dengan Seksyen 87 CJA.

Bagaimanapun, peguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik menyangkalnya dengan alasan, rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan, kerana rayuan di Mahkamah Rayuan adalah berhubung permohonan semakan di Mahkamah Tinggi, yang bukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Katanya, pihaknya sudah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu dan akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes rasuah terbabit.

Azura kemudian menetapkan 3 April untuk sebutan kes.

Presiden Bersatu itu merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 Februari lalu, yang membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan dirinya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan kemudian mengarahkan kes berkenaan dikembalikan semula ke Mahkamah Sesyen. Menurut hakim, Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan empat pertuduhan berkenaan tidak mendedahkan sebarang kesalahan Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi Bersatu, selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan tuduhan terbabit.

Ia susulan empat pertuduhan itu didakwa tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhyiddin, 77, ketika menjadi perdana menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta ahli perniagaan Azman Yusoff bagi Bersatu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Dia juga berdepan tiga tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yang semuanya berjumlah RM200 juta. Mk

Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker