Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?

Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?

Kecoh di media sosial satu notis yang tular mendakwa cawangan kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.

Notis berkenaan didakwa dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. serta dikatakan ditujukan kepada pembekal premis tersebut.



“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn. Bhd. akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” menurut notis tersebut yang bertarikh 15 Januari.

Bagaimanapun, tinjauan pada laman web Elews Mart Sdn. Bhd. tidak dipamerkan notis tersebut.

Dalam masa sama, Facebook dan Instagram rasmi Elews Mart juga sudah lama tidak memuat naik hantaran atau promosi baharu dengan kali terakhir ialah pada 11 September 2023.



Sementara itu, netizen turut berkongsi cawangan Elews Mart di tempat mereka didakwa telah tutup.

“Elews Mart di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi melabuhkan tirai. Sebelum ini di Bandar Baru Bangi, ada tiga cawangan gulung tikar,” dakwa pengguna Twitter.

“Cawangan di Shah Alam pun dah tutup dua minggu lepas. Sebelum ni tak salah nampak lori dah angkut habis semua,” dakwa pengguna yang lain. K Online

Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby



RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker