Palsu, bukan orang Malaysia – FAM

Palsu, bukan orang Malaysia – FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa badan induk itu akan merekrut pemain berstatus naturalisasi yang baharu untuk skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan spekulasi mengenai badan induk itu mahu mengambil pemain naturalisasi atau pemain kacukan hanya spekulasi yang dimainkan oleh sesetengah media atau blogger.



Malah, beliau menjelaskan berdasarkan maklumat yang diperoleh, ramai pemain kacukan yang dicanang sesetengah pihak adalah palsu dengan mereka bukan rakyat Malaysia.

“Mungkin sesetengah media atau blogger sahaja buat, yang mengatakan FAM ada buat ini semua, sebenarnya tak ada pun. Saya sudah berjumpa dengan Kim Pan Gon (ketua jurulatih Harimau Malaya) minggu lalu, tiada pun kita buat pemantauan.

“Tetapi ada sesetengah portal cuba menggunakan nama FAM seolah-olah pasukan kita nakkan lagi pemain naturalisasi, setakat ini tiada. Maklumat daripada pegawai saya maklumkan beberapa pemain itu tak boleh, mereka semua bukan orang Malaysia.

“Jadi banyak yang palsu, saya fikir tak perlu nak ambil kira benda itu. Saya nafikan perkara itu semua, kita pun tiada beria-ia sangat.



“Saya sudah tekankan kepada jurulatih dan barisan jurulatih skuad muda untuk menumpukan pemain tempatan bagi melahirkan lebih ramai pemain tempatan sebagai pemain kebangsaan di peringkat umur,” katanya.

Sebelum ini, beberapa laporan mengaitkan ramai pemain terutama yang beraksi di Eropah memiliki pertalian darah Malaysia selain mencanang bahawa mereka berpotensi untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Antara pemain yang dilaporkan termasuk pemain Barcelona B, Naim Garcia, Sem Scherperman, Diego Van Oorshot, Mats Deijl, Christopher John Bernard Sze, Ethan Joseph Wheatly, Daniel Batty, Alfie James Chang, Jason van Duiven, Robin van Duiven dan Ferdy Druijf.

Setakat ini, Malaysia sudah memiliki lapan pemain naturalisasi termasuk Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Paulo Josue, Endrick Dos Santos dan Romel Morales selain beberapa pemain warisan atau berdarah kacukan yang turut termasuk dalam kategori naturalisasi.



Ketika kempen Piala Asia 2023 di Qatar baru-baru ini, Malaysia dan Hong Kong menjadi pasukan terbanyak menggunakan pemain berstatus naturalisasi.

Dua pasukan itu menyenaraikan 14 pemain naturalisasi pada kejohanan yang berlangsung di Qatar dengan jumlah itu termasuk pemain warisan atau berdarah campuran.

Skuad kendalian Kim Pan Gon menyenaraikan empat pemain naturalisasi Endrick Dos Santos, Mohamadou Sumareh, Paulo Josue dan Romel Morales selain 10 pemain berdarah kacukan iaitu Matthew Davies, Daniel Ting, Dominic Tan, Junior Eldstal, Dion Cools, La’Vere Corbin-Ong, Stuart Wilkin, Brendan Gan, Natxo Insa dan Darren Lok. BH

Palsu, bukan orang Malaysia – FAM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee



Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider



Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker