Pemandu dipukul mati sah positif dadah

Pemandu dipukul mati sah positif dadah

Polis mengesahkan lelaki yang diikat dan dipukul hingga mati di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa lalu, positif dadah jenis syabu dan ganja.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 42 tahun itu juga didapati memiliki 10 rekod dadah dan dikehendaki berkaitan bahan terlarang berkenaan.



“Kita turut menahan dua lagi lelaki masing-masing berusia 22 dan 39 tahun di Kajang, semalam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Kita percaya ada lagi individu lain yang akan ditahan selepas ini, selain sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul,” katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar @ Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid.



Media sebelum ini melaporkan lima lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan selepas disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga mati selepas kemalangan di taman berkenaan.

Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan pada jam 9.20 malam, sebelum anggota trafik di kejarkan ke situ dan menjumpai sebuah kereta Proton Saga dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.

Turut ditemui pemandu kereta terbabit berada dalam keadaan terbaring di atas jalan dan hasil pemeriksaan mendapati ada kesan pada pergelangan tangan seperti bekas ikatan.

Mengulas lanjut, Hussein berkata motif kejadian masih disiasat selepas bedah siasat mendapati tiada kecederaan ketara pada mangsa yang menyebabkan kematian.



“Kami masih lagi menunggu keputusan analisis makmal bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

Hussein turut meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Kita akan melihat penulisan orang ramai di media sosial berkaitan kes itu sekiranya boleh dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak tokok tambah serta reka cerita berkaitan kes ini.



“Ini kerana ia akan memberi kesan kepada siasatan dilakukan pihak polis serta mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya. BH

Pemandu dipukul mati sah positif dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker