Isteri Daim ahli parti Muda

Muda menafikan Daim pembiayaan terbesar parti

Isteri Daim ahli parti Muda

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin bukan pembiaya terbesar Muda, kata pemangku presiden parti itu, Amira Aisya Abd Aziz.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Daim antara pembiaya parti berkenaan, dan menambah parti itu mempunyai struktur pembiayaan dalaman yang ketat dengan seseorang penderma hanya boleh menyumbang sehingga RM200,000 pada satu-satu masa.



“Sesiapa yang mahu mengatakan Daim adalah ‘godfather’ atau pembiaya terbesar Muda… Itu memang tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas forum di Advance Tertiary College.

Amira turut mengesahkan bahawa isteri Daim, Naimah Khalid, adalah ahli Muda.

Beliau kemudian memberitahu FMT bahawa Daim bukan ahli parti itu.

Amira juga berkata tidak adil mempertikai sumber pembiayaan Muda memandangkan tiada akta pembiayaan politik.



“Jika sesiapa mahu menyoal Muda mengenai pembiayaan politik kami, kami selama ini konsisten mengatakan Malaysia memerlukan akta pembiayaan politik. Parti lain juga patut (mendesak perkara ini),” katanya.

‘Naimah juga kawan saya’

Berhubung gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan beliau dan Naimah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Jan, Amira berkata dia hadir untuk menyokong Naimah kerana beliau ahli Muda.

“Saya pasti memberikan penghormatan sama kepada mana-mana ahli parti. Dia juga kawan saya,” katanya.



Naimah didakwa gagal mematuhi notis pengisytiharan harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 23 Jan.

Dia didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan syarikat, beberapa bidang tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, serta dua kenderaan.

Daim menghadapi tuduhan serupa pada 29 Jan, apabila didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan dalam 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur, selain enam hartanah.

Dia juga didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), selain tujuh kenderaan mewah.



Jika sabit kesalahan, Daim dan Naimah menghadapi hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000. FMT

Isteri Daim ahli parti Muda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker