Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana

Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana

“Sila mohon maaf, jika gagal anda berdepan tindakan undang-undang,” tegas pempengaruh yang juga guru tuisyen bahasa Melayu dikenali sebagai Cikgu Zack Kirana.

Amaran itu dibuat susulan tindakan seorang guru wanita yang didakwa memfitnah dirinya memberikan ajaran yang salah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain menyamakan dengan Ayah Pin menerusi hantaran di Facebook.



Susulan itu, Zack Kirana, 37, atau nama sebenar Saliza Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh, Selangor pada 1 Februari lalu.

Menurutnya, dia memberi tempoh sehingga esok untuk guru terbabit tampil membuat permohonan maaf.

“Menerusi hantaran di Facebook, guru itu memfitnah dengan mengatakan saya memberikan ajaran yang salah. Malah, saya dituduh bagi ajaran sesat dan samakan dengan Ayah Pin. Itu sebab saya buat laporan polis.

“Cuma, saya buat video tuntutan selepas 17 hari disebabkan menghormati situasi anak-anak murid iaitu calon SPM sedang menghadapi peperiksaan. Saya tidak mahu mengalihkan fokus mereka yang sedang sibuk ulang kaji untuk SPM.



“Saya sebenarnya masih letak rasa hormat kepada guru berkenaan sebab saya tidak petik nama akaun media sosial dan nama individu itu. Masih saya simpan nama dia,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selain guru wanita itu, dia turut menamakan seorang lagi guru lelaki dalam laporan polis itu.

Bagaimanapun, lelaki itu sudah tampil memohon maaf dengan menghantar mesej dan membuat video permohonan maaf secara terbuka di TikTok.

“Cikgu wanita itu ialah guru kepada cikgu lelaki berkenaan. Dia belum buat permohonan maaf setakat hari ini. Cikgu perempuan itulah yang memuat naik status berbaur fitnah terhadap saya.



“Cikgu lelaki itu pula petik tangkap layar status cikgu wanita itu ketika membuat ulasan dalam video TikTok. Kantoi sebab memang nama saya terang-terang dalam status FB itu.

“Saya boleh agak yang cikgu lelaki itu sedang rasa bersalah pada cikgu wanita itu kerana status dia ditangkap layar dan dimasukkan dalam video ulasan tanpa tutup nama saya. Kalau tak kerana video cikgu lelaki itu kantoi, mungkin perkara ini tak jadi.

“Jadi, semalam saya terima mesej di TikTok daripada cikgu lelaki itu. Dia minta pertimbangkan permohonan maaf daripada dia sahaja memandangkan dia yang timbulkan isu. Saya tetap bertegas kerana yang menaikkan status berbaur fitnah itu sebenarnya ialah cikgu wanita itu,” katanya.

Menurutnya, dia terharu apabila mendapat sokongan daripada pengikut terutama anak murid dan bekas pelajarnya.



“Saya tidak menyangka ramai anak-anak murid dan bekas anak murid berikan semangat dan kongsikan keputusan cemerlang mereka pada ruangan komen.

“Saya juga bersyukur kerana ramai guru sekolah menunjukkan semangat dan mengakui mereka turut berkongsi bahan pengajaran saya kepada murid mereka.

“Sama juga dengan beberapa orang ibu bapa yang menunjukkan sokongan kerana anak-anak mereka jelas berasa seronok belajar dengan saya,” katanya. HM

Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker