‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai

‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai

Selepas tiga tahun dibelenggu peristiwa hitam menjadi mangsa gangguan seksual pensyarahnya, seorang bekas siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) berharap kebenaran akan terungkai apabila kes itu dibicarakan Mac ini.

Dua tahun lalu, kisah Farah Azuin Abdul Razak, 25, tular di media sosial selepas graduan diploma pengurusan dan perniagaan itu mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual pensyarahnya pada 2021.



“Semestinya saya gembira tapi dalam masa sama takut bila fikirkan keputusan mahkamah nanti. Saya sudah cuba sedaya upaya.

“Moga perbicaraan ini berlangsung cepat dan berpihak kepada saya dan mangsa lain, sebab saya sudah tunggu tiga tahun,” katanya.

Pada 29 Sept 2022, dilaporkan kisah Farah yang diminta pensyarahnya (kini bekas) menjawab kaji selidik dipenuhi pelbagai soalan lucah.

Lewat petang hari sama, UiTM dilapor menamatkan perkhidmatan pensyarah itu berkuat kuasa serta-merta.



Farah dan keluarganya turut diganggu apabila individu terbabit menjejaknya di kampung dan menawarkan RM20,000 untuk kes itu ditutup.

“Agak sedih sebab UiTM langsung tidak hubungi saya sepanjang kes ini. Saya trauma, ada yang kecam walaupun banyak sokongan saya terima.

“Paling sedih ada yang kata saya sengaja besarkan isu ini dan ada yang kata bukan saya kena rogol pun,” katanya sehingga kini takut keluar rumah kerana bimbang bertembung bekas pensyarahnya.

Farah yang kini sudah berumah tangga mendedahkan pernah membenci namanya selain berat badannya turun mendadak akibat kejadian dihadapinya.



“Saya benci nama saya, Farah…sebab pensyarah itu ulang-ulang sebut nama saya. Untuk pensyarah lain yang mungkin bersikap seperti pensyarah saya, anda tidak layak jadi pendidik.

“Kepada adik-adik (yang alami perkara sama) jangan takut bersuara. Ramai yang akan menyokong dan membantu,” katanya.

Pegawai penyiasat kes itu mengesahkan perkembangan tersebut dan memaklumkan ia dibicarakan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. FMT

‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker