Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah

Pendakwa raya ICC ‘sangat bimbang’ pengeboman Rafah

THE HAGUE: Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyuarakan kebimbangan serius terhadap serangan darat Israel ke atas Rafah di Gaza, sekali gus memberi amaran pihak yang melanggar undang-undang antarabangsa akan dipertanggungjawabkan.

Menerusi kenyataan di X, Karim Khan berkata siasatan dilakukan pejabatnya terhadap peristiwa di Gaza sedang dibawa ke hadapan sebagai perkara yang paling mendesak.



“Saya amat bimbang dengan pengeboman yang dilaporkan dan potensi pencerobohan darat oleh tentera Israel di Rafah,” katanya.

ICC membuka siasatan pada 2021 ke atas Israel serta Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin lain untuk kemungkinan jenayah perang di wilayah Palestin.

Khan sebelum ini berkata siasatan itu diteruskan kepada peningkatan permusuhan dan keganasan sejak serangan 7 Oktober 2023.

“Semua peperangan mempunyai peraturan dan undang-undang yang terpakai untuk konflik bersenjata, tidak boleh ditafsirkan sehingga menjadikannya kosong atau tiada makna,” katanya.



“Ini adalah pesanan konsisten saya, termasuk daripada Ramallah tahun lalu. Sejak itu, saya tidak melihat sebarang perubahan ketara dalam tingkah laku Israel,” katanya.

Membuka pintunya pada 2002, ICC adalah satu-satunya mahkamah bebas di dunia yang ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan paling berat termasuk pembunuhan beramai-ramai atau genosid, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Ia adalah “mahkamah pilihan terakhir” dan hanya mengambil langkah jika negara tidak mahu atau tidak dapat menyiasat sendiri kes.

“Seperti yang saya berulang kali tekankan, mereka yang tidak mematuhi undang-undang tidak seharusnya mengadu kemudian apabila pejabat saya mengambil tindakan menurut mandatnya,” amaran Khan.



“Kepada semua yang terbabit: Pejabat saya sedang giat menyiasat sebarang jenayah yang didakwa dilakukan. Mereka yang melanggar undang-undang akan bertanggungjawab.”

Khan menggesa pembebasan semua tebusan yang ditahan oleh Hamas: “Ini juga mewakili fokus penting dalam siasatan kami.”

Israel bukan ahli ICC dan rejim zionis itu tidak mengiktiraf bidang kuasa mahkamah berkenaan. Bagaimanapun Khan Oktober lalu dilaporkan berkata mahkamahnya mempunyai bidang kuasa ke atas sebarang kemungkinan jenayah perang dilakukan Hamas dan oleh warga Israel di Gaza. BH

Pendakwa raya ICC ‘sangat bimbang’ pengeboman Rafah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker