Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual

Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual

TAWAU: Anak lelaki seorang pemimpin politik negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima, 13 Disember lalu.

Mohd Nadzmi Abdul Manan, 25, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.



Tertuduh didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima berusia 17 tahun dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan di Jalan Pokas-Kuala Bebang, Semporna, kira-kira jam 2.30 petang, 13 Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, menangis ketika merayu kepada mahkamah supaya dibenar ikan jamin.

“Yang Arif, saya mohon supaya diberi ikat jamin, tolong Yang Arif saya mahu ikat jamin,” katanya.



Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana, berkata pihaknya tidak menawarkan ikat jamin ke atas tertuduh memandangkan kes tidak boleh diikat jamin, selain tempoh hukuman bagi kesalahan adalah melebihi lima tahun.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengurusan dan sebutan semula kes. BH

Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker