Israk Mikraj: Peristiwa ajaib dilalui Rasulullah s.a.w.

Israk Mikraj: Peristiwa ajaib dilalui Rasulullah s.a.w.

Dalam perjalanan Israk Mikraj bermula dari Masjidil Haram Mekah menuju ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha iaitu langit yang ketujuh dan terakhir bertemu dengan Allah S.W.T., Baginda s.a.w. diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa ajaib yang mencabar akal sihat manusia untuk mempercayainya.

Perjalanan yang hanya berlaku dalam satu malam itu sememangnya memerlukan iman yang sangat kuat untuk dipercayai. Dan ia dirakam dalam al-Quran menerusi surah al-Isra ayat 1 dan surah an-Najm ayat 13 hingga 18.



Antara peristiwa ganjil dan ajaib dialami Nabi s.a.w. sepanjang melalui perjalanan jauh itu ialah:

Pertama: Menunggang Buraq.

Buraq adalah binatang tunggangan Baginda s.a.w. sepanjang perjalanan tersebut bersama malaikat Jibril. Asal nama buraq diambil dari kata barqu iaitu kilat. Seperti namanya ia mempunyai kemampuan bergerak yang sangat laju kerana itu membolehkan Israk Mikraj berlaku hanya satu malam.

Sabda Baginda s.a.w. “Kemudian aku diberikan seekor binatang putih yang bukan baghal (kacukan kuda dengan keldai). Sifat serta rupanya juga melebihi keldai. Selepas itu aku bertolak bersama Jibril (dengan menunggangnya) sehingga kami tiba di langit.” (HR Bukhari & Muslim)



Kedua: Dada Baginda s.a.w. dibelah Jibril

Sebelum melakukan perjalanan Israk Mikraj, Jibril a.s. telah datang kepada Baginda s.a.w. dan membelah dadanya sebagai persiapan menemui Allah. Menurut riwayat, ini merupakan kali keempat dan terakhir Baginda s.a.w. dibedah dan dicuci hatinya oleh malaikat Jibril. Abu Dzar menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Saat aku di Mekah, atap rumahku terbuka, tiba-tiba datang malaikat Jibril, lalu dia membelah dadaku, kemudian mencucinya dengan air zam-zam. Dibawanya pula bejana terbuat dari emas berisi hikmah dan iman, lalu dituangnya ke dalam dadaku dan menutupnya Kembali. Lalu dia memegang tanganku dan membawaku menuju ke langit dunia” (HR Bukhari)

Ketiga: Baginda s.a.w. diserang Ifrit



Dalam kitab al-Anwaarul Bahiyyah dan Dzikrayaat wa Munaasabaat karya al-Imam Sayyid Muhammad bin Alawy al-Maliky, ketika dalam perjalanan itu tiba-tiba Baginda s.a.w. melihat Ifrit sedang mengejarnya dengan bebola api.

Kemudian malaikat Jibril mengajarkan kepada Baginda s.a.w. doa menghindari serangan Ifrit. Usai membaca doa tersebut maka bebola api ifrit terpadam lalu kembali ke wajah ifrit hingga binasa.

Keempat: Wangian Masyitah

Di tengah perjalanan, tiba-tiba Baginda s.a.w. tercium bau haruman yang sangat harum. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,



“Nabi Muhammad s.a.w. tercium satu bau yang sangat harum. Apabila Baginda bertanya kepada Jibril a.s. Jibril menjawab, “Itulah bauan Masyitah (tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari ketika dia (yakin Masyitah) sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya. Ketika mengambil sikat itu ia berkata, “Bismillah (dengan nama Allah)” Lalu anak Perempuan Firaun bertanya, “Adakah kamu menyebut nama bapaku?” Masyitah menjawab, “Tidak, tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan bapamu iaitu Allah” Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya dan Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya” (HR Ahmad)

Kelima: Tanam benih dan dituai

Setelah melanjutkan perjalanan, Rasulullah s.a.w melihat pula satu kaum yang menanam benih kemudian benih tersebut terus tumbuh membesar dan terus dituai pada ketika itu juga. Setiap kali dituai, ia kembali kepada awalnya dan begitulah seterusnya. Melihatkan keanehan itu Baginda bertanya,

“Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” jawab Jibril,



“Mereka adalah mujahid fi sabilillah, orang yang mati syahid di jalan Allah. Kebaikan mereka dilipatgandakan sehingga 700 kali”

Keenam: Menghancurkan kepala di batu

Ditengah perjalan kemudian Baginda bertemu dengan sekelompok orang yang menghentakkan batu besar ke kepala mereka sendiri sehingga remuk, kemudian kepala yang remuk itu kembali seperti sediakala dan begitulah seterusnya berulangkali. Menurut Jibril, mereka adalah manusia yang berat untuk melaksanakan ibadah solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,



“Kemudian Baginda s.a.w. datang kepada satu kaum yang menghancurkan kepala mereka dengan batu. Setiap kali kepala mereka hancur ia kembali semula seperti sedia kala dan mereka sedikitpun tidak mahu berhenti dari melakukan perkara tersebut. Maka Baginda bertanya, “Siapakah mereka wahai Jibril?” Jibril menjawab, “Mereka ialah golongan yang berat kepalanya (cuai dan lalai) daripada mendirikan solat fardu” (HR al-Baihaqi, hadis dhaif)

Ketujuh: Makan daging mentah dan busuk

Kemudian Baginda melihat pula sekelompok kaum yang makan daging mentah dan busuk sedangkan dihadapan mereka terhidang daging yang elok dan sudah dimasak. Namun mereka tetap memilih daging busuk dan mentah.

Menurut Jibril a.s. mereka adalah manusia yang sudah mempunyai isteri atau suami yang halal untuknya namun tetap juga mereka memilih untuk berzina dengan orang lain yang haram.

Kelapan: Panggilan Yahudi dan Nasrani

Ketika sedang melanjutkan perjalanan, tiba-tiba kedengan seseorang memanggil Baginda dari arah kanan,

“Wahai Muhammad, aku meminta kepadamu agar kamu melihatku”. Namun Baginda s.a.w. tidak memperdulikannya.

Lalu Jibril menjelaskan bahawa itu adalah panggilan Yahudi. Seandainya beliau menjawab panggilan itu maka umat beliau akan menjadi Yahudi. Begitu pula beliau mendapat seruan serupa dari sebelah kirinya iaitu panggilan Nasrani dan Baginda juga tidak memperdulikan seruan itu.

Kesembilan: Wanita dengan perhiasan di tubuh

Kemudian muncul di hadapan Baginda seorang wanita dengan segala perhiasan ditubuhnya dan berkata,

“Wahai Muhammad, lihatlah kepadaku”

Akan tetapi Baginda s.a.w. tidak melihat dan tidak memperdulikan wanita tersebut. Jibril lalu berkata,

“Wahai Nabi, itu adalah dunia, seandainya engkau menjawab panggilannya maka umatmu akan lebih memilih dunia daripada akhirat.”

Sepuluh: Mencakar muka dan merobek dada

Dalam perjalanan ini juga Baginda s.a.w. melihat golongan manusia yang mencakar muka dan merobek dadanya dengan kuku dari tembaga. Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Pada malam aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu berkata, “Siapa mereka ini wahai Jibril?” Jibril menjawab, “Mereka adalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat)dan menjatuhkan maruah mereka” (HR Ahmad & Abu Daud)

Sememangnya terdapat banyak lagi peristiwa ajaib dan aneh berlaku kepada nabi s.a.w. sepanjang melalui perjalanan Israk Mikraj. Apa yang dipaparkan disini hanyalah sebahagian kecil sebagai satu iktibar dan penambahan ilmu pada kita bahawa inilah yang diperlihatkan kepada Rasulullah saat perjalanan Baginda s.a.w. bertemu Allah S.W.T. Hanya mereka yang benar-benar beriman akan percaya peristiwa ini. Wallahu a’lam Utv

Israk Mikraj: Peristiwa ajaib dilalui Rasulullah s.a.w.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker