CEO akui jualan global KFC, Pizza Hut merosot dan terkesan

BENGALURU: Yum Brands melaporkan penurunan jualan global suku tahunan, terkesan oleh permintaan yang tidak menentu untuk jenama KFC dan Pizza Hut daripada pengguna yang dicengkam inflasi di Amerika Syarikat (AS) serta pasaran luar negara.

Pengguna di AS semakin memilih makanan berorientasikan nilai dalam menghadapi inflasi yang sukar mencatatkan penurunan, mendorong rantaian makanan segera untuk menggandakan promosi dan tawaran serta merombak pengalaman di kedai dan pesanan.

Saham Yum Brands susut enam peratus dalam dagangan prapasaran selepas syarikat induk Pizza Hut itu menyertai gergasi kopi, Starbucks untuk merekodkan penurunan pertama jumlah jualan dalam masa kira-kira tiga tahun.



Keputusan suku tahunan syarikat itu juga senada dengan gergasi burger, McDonald’s, yang gagal menepati anggaran keuntungan buat kali pertama dalam dua tahun kerana pengguna yang mempunyai belanjawan yang terhad mencari tawaran lebih baik untuk menjamu selera.

Ketua Pegawai Eksekutif Yum Brands, David Gibbs, berkata seperti yang dijangkakan, jualan mengalami tekanan pada suku ini, tetapi ia mendapat rangsangan daripada pertumbuhan jualan kedai sama dua tahun yang kukuh dan momentum positif daripada suku berkenaan.

Jumlah pendapatan di Yum susut hampir tiga peratus kepada AS$1.6 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, gagal menepati anggaran penganalisis sebanyak $1.71 bilion, menurut data LSEG.

Jualan kedai sama di seluruh dunia syarikat itu jatuh tiga peratus pada suku pertama, manakala penganalisis menjangkakan pertumbuhan sebanyak 0.04 peratus.



Pelancaran program kesetiaan pertama KFC pada suku yang dilaporkan gagal meningkatkan permintaan untuk gergasi makanan segera itu, kerana pengguna terus mencari alternatif yang lebih murah, termasuk makanan di rumah.

Ini berbeza dengan keputusan di rangkaian piza Domino’s, yang meraih manfaat daripada program kesetiaan yang telah diubah suai sehingga memikat pengguna sejak dua suku lalu.

Tidak termasuk item sekali sahaja, keuntungan sesaham Yum Brands sebanyak $1.15 pada suku pertama adalah kurang daripada anggaran $1.20.

Jualan kedai sama global di restoran KFC jatuh dua peratus, manakala Pizza Hut turun tujuh peratus.



Taco Bell mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus, berbanding dengan anggaran kenaikan 2.83 peratus.

-Reuters

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker