SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air

SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air

SPRM sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Sumber SPRM berkata pemimpin tersebut juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, di mana dipercayai organisasi itu mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin tersebut.



Dia berkata projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin berkenaan dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.

“Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 dan syarikat-syarikat tersebut turut disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu bagi kerja-kerja tersebut, selain diberikan komisyen kira-kira lima peratus daripada nilai projek,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sumber itu berkata setakat ini sebanyak 15 buah syarikat dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin itu dan antara aktiviti yang dijalankan melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara tersebut. Mk



SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker