Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut

Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut

Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Insiden itu berlaku di Dhiraimajuli, Daerah Sonitpur, kira-kira 147 kilometer timur laut Dispur, ibu negeri Assam.



“Seorang individu maut selepas diserang gajah liar itu selepas dia keluar dari rumah pada lewat malam untuk membuang air sementara seorang lagi mati selepas cuba mengusir haiwan itu, ” kata Pegawai Perhutanan Daerah Pirai Sudhan.

“Gajah liar itu kemudian memijak dua pegawai perhutanan yang sedang meronda di kawasan berkenaan sehingga mati,” katanya.

Pegawai Perhutanan Daerah juga mengeluarkan amaran dan petugas bergegas ke kawasan itu untuk meningkatkan lagi rondaan dan mengawal gajah berkenaan.

Sementara itu The Times of India melaporkan gajah itu sesat masuk ke perkampungan Dhiraimajuli dari hutan Dhekiajuli.



Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pengawal hutan Kuleswar Boro dan Biren Rabha manakala orang tempatan terbunuh dikenali Jatan Tanti.

Pegawai Hutan Bahagian Barat Sonitpur, Nripendra Nath Kalita berkata pihaknya kehilangan dua pengawal hutan yang berani.

“Beberapa tahun lalu, seorang daripada wira kami iaitu Biren Rabha pernah dianugerahkan oleh kerajaan atas keberanian,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera, Dibakar Malakar, masih dirawat di Hospital Kolej Perubatan Tezpur.



Sementara itu, susulan serangan maut gajah berkenaan, panik melanda penduduk Kampung Dhiraimajuli dengan ramai daripadanya mengambil keputusan meninggalkan rumah mereka dan menumpang di tempat lain. HM

Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker