Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah

Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah

Setiausaha sulit Hamzah Zainuddin, Ahmad Ikhwan Fadhli menafikan desas-desus ketua pembangkang itu sedang merisik jawatan dalam kerajaan.

Sebaliknya Ahmad Ikhwan berkata individu berkenaan bukan Hamzah dan menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah serta perang saraf ‘level amatur’.



“Fitnah. Orang lain merisik, orang lain pula yang difitnah. Perang saraf level amatur. No class,” katanya menerusi akaun X hari ini.

Dia turut menaikkan tangkap layar poster dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hamzah berunding di Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan jawatan.

Ahad lalu, portal Free Malaysia Today (FMT) memetik sumber melaporkan seorang pemimpin utama Bersatu sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri dan dipercayai melakukan rundingan demi survival beberapa pemimpin tertentu sehingga pemilihan parti.

Sumber yang enggan dinamakan itu mendakwa, ‘lebih ramai’ wakil rakyat Bersatu dijangka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.



Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar, menyebabkan parti itu meminda perlembagaan parti bagi mengelak tindakan sama berulang.

Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Bersatu dijangka mengadakan pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian pada tahun ini selepas menunda selama 18 bulan pada Mei tahun lalu.

Sebelum ini, Hamzah disebut-sebut antara calon utama mengisi kerusi nombor satu parti jika Muhyiddin Yassin memutuskan untuk tidak bertanding presiden Parti pada pemilihan akan datang.



Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu November lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden parti.

Bagaimanapun dia mengubah pendirian itu kurang 24 jam selepas diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman untuk kekal menyandang jawatan itu. Mk

Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker