Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Langkah kerajaan untuk membenarkan graduan asing bekerja dalam sektor teknologi tinggi di Malaysia merupakan langkah sementara untuk memenuhi keperluan industri di negara ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah graduan tempatan dalam sektor teknologi tinggi tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan para pelabur.



Justeru, beliau menempelak bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil kerana mengkritik cadangan tersebut dengan mengambarkan seolah-olah ia menafikan hak graduan tempatan.

“Cukup keras komen Isham terhadap cadangan membenarkan graduan asing institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja sementara di negara ini dalam bidang yang tidak cukup graduan tempatan seperti sektor teknologi tinggi.

“Mengapa dia marah sangat? Bunyi komen macam kita (kerajaan) langsung tak berusaha nak tambah graduan tempatan dalam bidang-bidang teknologi tinggi sedangkan MITI selama ini bekerjasama untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang itu seperti melalui program Kemahiran Bersama Industri.

“Masalahnya tenaga mahir itu diperlukan sekarang. Pelabur tak boleh tunggu empat tahun (untuk tambah graduan teknologi tinggi). Sebagai contoh industri elektrik dan elektronik memerlukan 50,000 jurutera. IPT setakat ini cuma keluarkan 5,000 graduan setahun.



“Bukan semua bidang kita buka untuk pengambilan graduan asing. Hanya bidang yang tidak cukup bakat tempatan sahaja akan dipertimbangkan,” katanya dalam satu rakaman video dimuat naik di akaun media sosial beliau hari ini.

Semalam, Isham mengkritik cadangan membenarkan graduan asing berkerja dalam sektor teknologi tinggi di Malaysia dengan menyifatkan langkah itu akan menjejaskan graduan tempatan yang sedang berdepan kesukaran memperoleh pekerjaan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam satu kenyataan semalam turut membantah cadangan membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, cadangan itu merupakan situasi menang-menang terhadap permintaan pelabur supaya mereka dibenarkan membawa masuk pekerja mahir asing, tetapi mereka diminta mengutamakan graduan asing yang belajar di Malaysia.



Kata beliau, graduan asing yang belajar di negara ini juga sudah memahami budaya kerja di Malaysia menjadikan mereka pilihan yang sesuai untuk memenuhi keperluan industri dan pelabur.

“Daripada kita benarkan majikan bawa masuk pekerja dari luar Malaysia mengapa tak guna terus pelajar asing yang memang dah ada di Malaysia,” katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan pelajar asing menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan mereka dianggarkan membelanjakan sebanyak RM7.3 bilion setahun di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau, langkah membenarkan graduan asing bekerja di Malaysia boleh menyemarakkan lagi sekotr pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.



“Apabila kita promosi IPT kita di luar negara, kita boleh tekankan bahawa bagi sektor keutamaan seperti teknologi tinggi, pelajar asing di Malaysia akan diberi keutamaan mendapat pekerjaan sekiranya tidak cukup pekerja tempatan, maka IPT di Malaysia jadi lebih menarik sebab ada potensi untuk peluang pekerjaan.

“Kita bukan menafikan hak graduan kita, tetapi memberi solusi segera kepada industri dan apabila graduan kita sudah cukup, mereka akan tetap menjadi keutamaan. Industri dapat tenaga mahir diperlukan, IPT tempatan diperkasa di arena antarabangsa dan graduan tempatan akan terus diberi peluang apabila mereka sudah bersedia.

“Ini bukan memilih antara graduan tempatan atau asing, ini tentang menemukan penyelesaian terbaik untuk masa kini sambil mempersiapkan masa depan.

“Kadang-kala satu masalah memerlukan penyelesaian di luar kotak, Kalau kita tak tahu hujung pangkal tak payah ya nak buat komen sensasi,” katanya. K Online



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker