Shaiful bidas Hassan Karim

Shaiful bidas Hassan Karim

UMNO Kedah meminta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim diam daripada bercakap benda kosong selepas meminta Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digantikan.

Menyifatkan perkara itu sebagai kelakar, Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sebagai rakan dalam kerajaan, semua pihak sepatutnya bekerjasama membangunkan negara.

Tegasnya dalam kenyataan di Facebook, cubaan-cubaan untuk merendahkan kepimpinan mana-mana parti tanpa asas yang betul adalah tidak boleh diterima.

“Kenyataan ini keluar secara tiba tiba. Nak kata Kerajaan Perpaduan makin lemah tidak juga. Kalau makin lemah, tidaklah ramai ahli MP pembangkang masuk ke kerajaan.

“Siapa Hassan Karim ini? Saya yakin dia sendiri pun sedar yang dia tiada nama pun dalam arena politik terkini. Jadi mungkin kenyataan ini adalah kenyataan minta perhatian.

“Kata dia lagi, PH tidak berpegang kepada janji reformasi mereka. Adakah dia tidak lihat usaha kerajaan Anwar membanteras rasuah. Jerung jerung besar yang selama ini tidak berani disentuh pun Anwar berani sentuh.

“Tiga Tun paling berkuasa di Malaysia pun sudah mula gentar dengan kemaraan Anwar Ibrahim. Seorang Tun sudah turun dari takhta, seorang tun sudah tidak berkuasa dan lagi seorang tun sudah berkerusi roda,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hassan yang berpendapat UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) yang diakuinya ‘rapuh’ berdepan pilihan raya umum.

Shaiful Hazizy menambah, Hassan sepatutnya berikan kerjasama yang sewajarnya demi menguatkan lagi kerajaan dan bukannya mengutuk presiden parti komponen kerajaan secara terbuka sebegini.

“Dan saya sebenarnya juga turut terkejut apabila Hassan Karim kata yang kerajaan perpaduan sudah goyah.

“Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan dengan lebih 2/3 majoritiz. Bila kali terakhir kerajaan ada 2/3 kerusi? Zaman Pak Lah!

“Rakyat Malaysia tidak bodoh. Lambat laun mereka akan nampak juga sebab kenapa dan mengapa Kerajaan Perpaduan melaksanakan usaha-usaha tersebut yang pasti akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya lagi. Utv

Shaiful bidas Hassan Karim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker