Bersatu mahu kerusi Parlimennya yang sokong PMX dikosongkan segera

Bersatu mahu kerusi Parlimennya yang sokong PMX dikosongkan segera

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman untuk mengosongkan kerusi yang disandangnya ketika ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin berkata, tindakan yang dilakukan oleh Suhaili nyata menyalahi Akta Anti Lompat Parti yang diguna pakai di negara ini.



Katanya, pihak Bersatu akan memastikan Ahli Parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi walau dengan apa cara sekali pun.

“Saya menyelar kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Labuan yang mencabar parti untuk memecat beliau. Kami di Bersatu mencabar beliau untuk segera menggosongkan kerusi Parlimen Labuan.

“Bersatu mempunyai ramai lagi tokoh yang mampu untuk mewakili dan menjaga kebajikan rakyat Labuan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tekanan.

“Kami akan menggerakkan apa saja cara dan kaedah di dalam lingkup perundangan dan politik bagi memastikan kerusi Parlimen Labuan dan Parlimen lain dapat dikosongkan.



“Ia seperti yang dimaktub di dalam Akta Anti Lompat Parti bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di dalam tempoh terdekat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Afif pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kepercayaan kepada beliau menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Beliau berjanji akan menggunakan kesempatan ini untuk memperkukuhkan hala tuju dan asas perjuangan parti, selain terus menjuarai isu rakyat terutamanya di dalam agenda membela kebajikan rakyat.

“Saya dan rakan-rakan akan menggerakkan satu inisiatif bagi mendekati golongan muda terutamanya di kalangan profesional muda dan mahasiswa bagi memperjelaskan prinsip perjuangan parti dan memperkenalkan tokoh-tokoh pimpinan muda di dalam Bersatu kepada masyarakat.



“Inisiatif ini bermatlamat bagi mengalakkan lebih banyak penyertaan di kalangan profesional muda dan mahasiswa di dalam wadah perjuangan murni parti Bersatu,” katanya lagi. Utv

Bersatu mahu kerusi Parlimennya yang sokong PMX dikosongkan segera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker