‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’

‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’

GEORGETOWN: Gerakan membantah projek pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, di sini, sedia menggunakan langkah provokatif termasuk berkampung di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sekiranya kerajaan negeri berkeras meneruskan projek itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar, Prof Datuk Dr Muhammad Idiris Saleh, berkata setakat ini pihaknya masih menggunakan pendekatan diplomasi, namun tidak dapat menghalang apa jua bentuk tindakan diambil penduduk sebagai tanda protes terhadap projek berkenaan.



“Rundingan sudah dibuat, dengan persatuan serta pertubuhan lain yang menyokong kita masih mengikut landasan yang saya bawa iaitu menggunakan pendekatan diplomasi.

“Namun kalau keputusan masih tidak memihak kepada kita, mungkin hala tuju bantahan akan menggunakan cara lain.

“Kami telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) pada 9 Januari lalu, tetapi sehingga hari ini belum mendapat kata putus sama ada projek itu akan dibatalkan atau tidak,” katanya ketika ditemui media di KOMTAR, hari ini.

Terdahulu Idiris hadir memberi sokongan kepada lebih 30 individu mewakili lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bagi mendesak projek itu dibatalkan.



Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan, Ahmad Yakqub berkata, lebih 5,000 anggota pertubuhan terbabit termasuk Pertubuhan Seni Silat Merong Mahawangsa, Pertubuhan Seni Silat Gayong Penggerak dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad tinggal di sekitar tapak yang dicadang untuk dibangunkan asrama berkenaan.

Beliau berkata, penyerahan memorandum menunjukkan pihaknya masih membuka pintu rundingan secara aman dengan kerajaan negeri terhadap projek yang dikhuatiri memberi impak sosial negatif kepada penduduk setempat.

“Jangan sampai kami bermalam di bangunan KOMTAR 10 hari sambil bakar ikan setiap malam… kami boleh lakukannya dan kami pernah gambil tindakan protes seumpama itu untuk siri bantahan isu lain beberapa tahun lalu.



“Kami harap kerajaan negeri mendengar suara kami dan memahami hasrat kami. Lagipun projek itu turut dibantah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kerajaan negeri sendiri, jadi kami mohon jasa baik memandang serius isu ini,” ujarnya.

Media pada Disember lalu melaporkan lebih 1,000 penduduk di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi menolak projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan itu.

Susulan itu, Ketua Menteri Kon Yeow memberi penjelasan, projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dibantah sebenarnya mempunyai kapasiti 7,860 berbanding jumlah dinyatakan penduduk.

Media turut melaporkan cadangan membina asrama di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda hanya berkeluasan kira-kira 0.83 hektar dan jarak paling hampir dengan rumah penduduk ialah 100 meter sebagai tidak masuk akal, selain tiada sesi pertemuan, libat urus bersama penduduk sebelum rancangan itu dikemukakan.



Difahamkan cadangan pembinaan asrama 27 tingkat itu telah mendapat kebenaran merancang secara bersyarat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). BH

‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker