Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah

Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah

Seorang lelaki yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, parah dibelasah sekumpulan individu minggu lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, mangsa dipercayai cuba melarikan diri bersama kekasihnya yang menyebabkan suami wanita itu berang.



Katanya, siasatan awal mendapati mangsa 20-an itu ke sebuah kedai makan di sekitar Ampang bersama rakannya bagi membincangkan isu hubungan terlarangnya.

Beliau berkata, ketika baru tiba di kedai makan pada 10.15 pagi Selasa lalu, lelaki itu dipukul seorang individu sehingga hidungnya berdarah, sebelum membawanya ke lokasi lain dan memukulnya sehingga tidak sedarkan diri.

“Mangsa dipukul lebih daripada tiga individu sehingga parah,” katanya menurut Harian Metro.

Azam berkata, wanita terbabit dan suaminya serta tiga lagi individu ditahan di Ampang dan sekitar Johor Bahru sejak Jumaat hingga Sabtu lalu bagi membantu siasatan.



Katanya, motif kejadian dipercayai seorang daripada suspek berang mangsa ingin melarikan isterinya.

“Semakan telefon bimbit menemui video kejadian mangsa dipukul di sekitar Ampang dan Selayang, sebelum dibawa ke Hospital Selayang.”

Menurutnya, semua suspek warga tempatan berusia 22 hingga 32 tahun itu dipercayai mengenali satu sama lain, dengan seorang daripadanya yang berusia 20-an mempunyai sembilan rekod lampau dan satu rekod dikehendaki, manakala yang lain tiada rekod jenayah.

“Mangsa sehingga kini masih menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan kritikal,” katanya sambil menambah semua suspek direman tujuh hari mulai kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker