Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak

Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak

Kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.



Langkah itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menerusi satu pekeliling yang dilihat media hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

“Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.

“Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024,” katanya.



Beliau berkata, pelaksanaan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam ini berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

Wan Ahmad Dahlan berkata, kaedah pelaksanaan lantikan kontrak ini adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

“Dalam hal ini, lantikan kontrak (COS) yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000,” katanya.

Susulan itu, Wan Ahmad Dahlan mengingatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa. BH



Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker