Rezeki jadi suami curang

Syarul Ezani mendiamkan diri bagi mencari pengalaman sebelum tampil berlakon semula.

Rezeki jadi suami curang

SELEPAS agak lama menyepi nama pelakon Syarul Ezani kembali menarik perhatian peminat drama rantaian.

Sebelum ini wataknya sebagai Ali menerusi filem Kami The Movie pada 2008 berjaya melonjakkan namanya.



Syarul Ezani atau pemilik nama penuh Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen, 34, ini kini tampil menerusi drama bersiri Hati Tercarik Luka di TV3.

Watak sebagai Dani, suami yang curang terhadap isterinya, Eyda Amanda (Zara Zya) ternyata menarik minat penonton mengikuti setiap episod drama arahan Emi Suffian ini.

Syarul Ezani berkata, baginya itu semua rezeki dan dia bersyukur diberikan peluang untuk memainkan kedua-dua watak ini.

“Saya sebagai pelakon memang nak bawa watak secara ikhlas dan sampaikan pengajaran kepada penonton melalui cerita yang ditampilkan.



“Terkenal atau tidak, ada pada impak yang kita berikan dalam menyampaikan kisah itu sebagai pemain dalam cerita terbabit,” katanya.

Syarul Ezani sudah beberapa kali membawakan watak hero sebelum ini. Namun katanya, watak Dani sesuatu

yang besar kerana wataknya bukanlah semudah dibawa.

“Menjadi lelaki curang yang ‘soft spoken’, pandai ‘coverline’, tapi berubah perangai apabila disihir. Banyak benda yang saya perlu pertimbangkan.



“Yang penting kita dapat memberi kesan dan impak kepada penonton. Dan komen-komen yang positif saya ambil dan yang negatif pula saya akan cuba untuk perbaiki.

“Saya seorang yang sentiasa teruja dengan apa sahaja perkembangan dalam hidup saya. Bagi saya, Tuhan yang tentukan segala pencapaian saya besar dan kecil.

“Semua dari Dia. Jadi saya memang faham apa yang saya dapat buat setakat ini dengan ‘comeback’ ini pun suatu yang bukan mudah untuk dicapai,” katanya.

Menurutnya, baik sebagai Ali mahupun Dani, ia membawa impak apabila peminat menyapanya apabila bertemu di mana-mana.



“Kelakar bila saya dengar betapa menyampahnya mereka semua dengan watak Dani dan Maya (lakonan Ryun Ryry).

“Saya bersyukur sangat dapat bergaul bukan sahaja dengan Zara tapi Fizo Omar, abang Yanto, kak Aleza dan ramai lagi. Banyak sangat ‘advice’ saya dapat dari mereka.

“Banyak benda-benda yang saya tidak ketahui sebelum ini. Ilmu lakonan dan kefahaman watak antara benda yang saya belajar dengan mereka,” katanya.

Mengulas kehilangannya, Syarul Ezani berkata, dia memilih mencari pengalaman hidup selepas Kami The Movie.



“Masa berhenti berlakon dulu, saya buat dengan hati yang berat. Tapi saya ada satu perasaan, yang saya tiada pengalaman hidup untuk merealitikan babak-babak yang saya lakonkan.

“Saya pergi belajar dan selepas itu bekerja dengan keluarga. Walaupun saya tinggalkan industri agak lama, saya tetap dapat tawaran tapi belum lagi sampai masanya untuk saya kembali.

“Sehinggalah hati dan jiwa saya bersedia. Alhamdulillah… saya dah sampai balik ke sini sekarang dan insya-Allah saya akan kekal,” katanya. HM

Rezeki jadi suami curang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker