Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan

Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu bahawa peguam Najib Razak boleh mengemukakan permohonan untuk membebaskannya atau atau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) jika pendakwa raya pada September depan masih belum membuat keputusan berhubung representasi bekas perdana menteri itu untuk menggugurkan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta

Hakim K Muniandy menetapkan lima hari pada September untuk perbicaraan penuh terhadap tiga pertuduhan membabitkan bekas menteri kewangan itu.



Muniandy membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memohon tarikh sebutan baru kes itu, bagi membolehkan pendakwa raya memutuskan untuk membenarkan representasi Najib menarik balik pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu perlu digugurkan kerana kes itu telah tergantung selama hampir enam tahun sejak 2018.

Hari ini, sebaik mendengar permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan masa tambahan untuk memutuskan representasi itu, Shafee mengulangi permohonannya supaya mahkamah memberikan pembebasan penuh atau DNAA kepada Najib.

Shafee mengingatkan mahkamah bahawa kes itu telah ditangguhkan sejak sekian lama, dan ini hal ini diburukkan lagi oleh pihak pendakwa yang sentiasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi tertuduh.



Kes pengubahan wang haram SRC membabitkan dana RM27 juta adalah berbeza dengan kes rasuah membabitkan dana RM42 juta SRC terhadap Najib, yang menyaksikan dia disabitkan kesalahan dan dipenjarakan selama 12 tahun pada Ogos 2022.

Shafee memberitahu mahkamah bahawa sebutan kes ditetapkan beberapa kali sejak 2018, dengan 26 pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohamed Zaini Mazlan (yang kemudiannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan), dan empat tarikh pengurusan kes di hadapan hakim perbicaraan sekarang.

“Jadi kita boleh lihat kesukaran pihak pendakwaan membuat keputusan (berhubung representasi) menunjukkan bahawa ketiga-tiga pertuduhan itu boleh dianggap sebagai tidak berasas dan oleh itu perintah untuk DNAA adalah wajar,” kata peguam itu sekiranya mahkamah tidak bersetuju memberikan pembebasan penuh.

Ashrof kemudian membantah permohonan Shafee untuk mendapatkan pembebasan penuh atau DNAA, dan memberitahu mahkamah bahawa DPP telah diarahkan untuk mencari tarikh pengurusan kes selanjutnya bagi memberi lebih banyak masa kepada pendakwa raya untuk meneliti representasi Najib.



Muniandy kemudian menetapkan lima hari untuk perbicaraan, dari 17 hingga 19 Sept, serta 23 dan 24 Sept.

Hakim juga memberitahu peguam Najib bahawa mereka boleh memohon semula pembebasan penuh atau DNAA pada tarikh tersebut jika pendakwa raya masih belum membuat keputusan sama ada untuk menggugurkan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu.

Hakim juga menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan kes seterusnya.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan dakwaan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM27 juta, melalui tiga akaun banknya.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank, Bangunan Kumpulan Ambank, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Dia berdepan denda maksimum RM5 juta, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes pengubahan wang haram terhadap Najib membabitkan RM27 juta dana SRC International telah ditangguhkan beberapa kali sejak 2019 berikutan pelbagai kes jenayah terhadap tertuduh. FMT



Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker