Tyzo nafi buat gimik murahan

Tyzo nafi buat gimik murahan

Bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander mendakwa tidak akan memperbodohkan diri dengan taktik pemasaran murah apabila ada pihak menganggap isu penamatan kontrak dengan stesen radio itu, sebagai gimik.

Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris, 47, tidak akan berkompromi atau terjebak dengan aksi gimik kerana membabitkan maruah diri.



“Saya ada dengar orang kata apa yang berlaku adalah gimik. Maaf, saya tidak akan memperbodohkan diri untuk taktik pemasaran begitu.

“Bagi saya, cara itu dalam dunia penyiaran, sangat bodoh. Saya tidak akan berkompromi untuk suatu eksperimen seperti itu,” katanya.

Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin dilaporkan berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar.



Mengulas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman, Ahad lalu, Tyzo berkata perbincangan mereka sangat positif.

“Kami banyak membincangkan kerjasama boleh dibuat bagi memantapkan lagi kandungan program televisyen (TV) dan digital di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Suhaimi masih mencari idea kreatif dan kerjasama yang boleh dijalinkan. Sebagai orang lama yang banyak pengalaman dalam dunia penyiaran, beliau nampak ada perkara yang boleh kami lakukan.

“Kebetulan beliau sedang mencari bakat yang sesuai dengan konsep RTM sekarang. Tetapi, sebelum itu mesti beliau mahu tengok dahulu kesesuaian serta program yang cocok buat saya,” katanya.



Tyzo yang pernah mengendalikan program Arena Global untuk Astro Oasis dan Bintang RTM menyimpan angan-angan untuk memiliki program bual bicaranya sendiri seperti Oprah Winfrey.

“Impian saya dari dahulu sukakan program wawancara ilmiah, hiburan, politik dan sebagainya. Saya yakin dengan pengetahuan yang ada, saya dapat memberi maklumat kepada masyarakat,” katanya. BH

Tyzo nafi buat gimik murahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini



Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker